KUALA LUMPUR: Malaysia dianggap antara negara yang terkehadapan dan mempunyai perancangan yang baik dari segi pelaksanaan dasar pendidikan sama ada di peringkat rendah mahupun peringkat tinggi.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata beliau yakin bahawa kerajaan bersedia untuk bersama-sama memastikan agenda pendidikan diberi keutamaan di peringkat global.
"Sepanjang sesi Education World Forum (EWF) berlangsung, ada beberapa wakil negara turut datang berjumpa dengan saya dan kagum dengan cara Malaysia mengurus tadbir pendidikan negara dan berharap agar Malaysia dapat menawarkan kepakaran dan pengalaman ini untuk membantu negara-negara yang memerlukan.
"Satu perkara penting yang saya kongsikan bersama rakan-rakan sidang pleno EWF ini ialah pentingnya kerjasama antara satu sama lain dan bergerak dalam pasukan untuk memastikan pendidikan pemangkin perubahan generasi masa hadapan," katanya melalui kenyataan di Facebook pada Rabu.
Dengan tajuk ‘What can we learn from each other about improving practice in allocating funding, effective planning and identifying priorities?' dalam sesi sidang pleno EWF ini, beliau juga berkongsikan strategi Malaysia dalam melaksanakan dasar pendidikan negara melalui tiga perkara iaitu peruntukan pembiayaan, perancangan strategi yang berkesan, dan mengenal pasti keutamaan.
"Pertamanya, saya maklumkan bahawa Malaysia antara negara yang memberi penekanan penting dalam isu pendidikan dan antara buktinya ialah melalui peruntukan belanjawan untuk sektor pendidikan sebanyak 19 peratus daripada keseluruhan bajet negara pada tahun 2024," jelasnya.
Ujar beliau, pada masa yang sama, kerajaan juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemudahan dan fasiliti pendidikan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi.
Manakala dari segi perancangan strategi pula, katanya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menggariskan beberapa fokus untuk diberi perhatian bagi menghasilkan impak bukan sahaja kepada warga pendidikan tetapi kepada masyarakat dan juga negara.
"Lima strategi yang diberi perhatian iaitu bakat berkualiti tinggi, penyelidikan dan inovasi yang berkesan, pemindahan ilmu kepada masyarakat, pengantarabangsaan globalisasi, dan urus tadbir infrastruktur berkualiti," katanya.
Tambahnya, untuk memastikan fokus strategi ini dicapai, beberapa tindakan turut diberi keutamaan iaitu seperti meletakkan sasaran bagi mencapai lima fokus utama, iaitu setiap fakulti dan pentadbir universiti berbincang bagi memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai, persetujuan dan persefahaman yang baik antara kementerian dan universiti, memantau perjalanan tindakan, dan aktiviti setiap universiti.
Tiga peringkat jawatankuasa juga akan ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa Pemandu, dan Jawatankuasa Pusat di mana setiap pelaksanaan serta prestasi tindakan akan dipantau dan dilaporkan.
Zambry menjadi salah seorang panel dalam sesi sidang pleno EWF di London, United Kingdom.
Turut bersama beliau dalam sesi itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Education Outcomes Fund Dr Amel Karboul; Menteri Pendidikan Teknikal, Latihan Vokasional dan Pekerjaan Republik Guinea, Aminata Kaba; dan Menteri Pendidikan Tinggi dan Kajian Sains Tunisia, Moncef Boukthir.
Pia Ernadya
Wed May 22 2024
![Malaysia antara negara terkehadapan pelaksanaan dasar pendidikan - Zambry Malaysia antara negara terkehadapan pelaksanaan dasar pendidikan - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716376859_ZambryAbdKadir.jpg)
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkataa beliau yakin bahawa kerajaan bersedia untuk bersama-sama memastikan agenda pendidikan diberi keutamaan di peringkat global.- Foto Facebook Zambry.
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Malaysia antara negara terkehadapan pelaksanaan dasar pendidikan - Zambry Malaysia antara negara terkehadapan pelaksanaan dasar pendidikan - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716376859_ZambryAbdKadir.jpg)
Malaysia antara negara terkehadapan pelaksanaan dasar pendidikan - Zambry
Malaysia dianggap antara negara yang terkedepan dan mempunyai perancangan yang baik dari segi pelaksanaan dasar pendidikan.
![Malaysia, 7 negara jalin kerjasama lebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi Malaysia, 7 negara jalin kerjasama lebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700129191_TBDATUKSERIDRZ.jpg)
Malaysia, 7 negara jalin kerjasama lebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi
Tujuh negara bersetuju menjalin kerjasama dengan Malaysia untuk melebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi.
![Jangan taksub sistem ranking - Mohamed Khaled Jangan taksub sistem ranking - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700373072_MajlisSambutanT.jpg)
Jangan taksub sistem ranking - Mohamed Khaled
Menteri Pendidikan Tinggi mengingatkan institusi pengajian tinggi di negara ini supaya tidak terlalu taksub kepada sistem ranking.
![Khaled mahu teroka inisiatif baharu bawa KPT ke peringkat lebih baik Khaled mahu teroka inisiatif baharu bawa KPT ke peringkat lebih baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670224508_TBkhaled.jpg)
Khaled mahu teroka inisiatif baharu bawa KPT ke peringkat lebih baik
Mohamed Khaled akan turut menumpukan usaha meneroka inisiatif baharu untuk meletakkan sektor pendidikan tinggi negara ke tahap lebih baik.
![30 peratus kurikulum di universiti perlu fleksibel - Idris Jusoh 30 peratus kurikulum di universiti perlu fleksibel - Idris Jusoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71517996595_DSIdris.jpg)
30 peratus kurikulum di universiti perlu fleksibel - Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini adalah penting bagi memastikan graduan yang dilahirkan berkualiti dan selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.
![Pelajar asing dijangka meningkat 200,000 menjelang 2020 Pelajar asing dijangka meningkat 200,000 menjelang 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520699898_besut.jpg)
Pelajar asing dijangka meningkat 200,000 menjelang 2020
Jumlah penuntut asing yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini dijangka meningkat sehingga 200,000 orang menjelang tahun 2020.
![Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41511789668_DSIdris.jpg)
Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan bagi membantu memudahkan bayaran balik pinjaman, PTPTN berjaya mengutip jumlah bayaran yang meningkat secara drastik.
![33 IPTS ditutup tahun ini - Idris Jusoh 33 IPTS ditutup tahun ini - Idris Jusoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81513593702_myquest.jpg)
33 IPTS ditutup tahun ini - Idris Jusoh
Sebanyak 33 institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara ditutup tahun ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
![Lancarkan bayaran balik sebelum perluas PTPTN kepada pelajar luar negara Lancarkan bayaran balik sebelum perluas PTPTN kepada pelajar luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41511789668_DSIdris.jpg)
Lancarkan bayaran balik sebelum perluas PTPTN kepada pelajar luar negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu memastikan proses bayaran balik pinjaman berjalan lancar sebelum boleh diperluaskan kepada pelajar luar negara.
![Menteri Pendidikan Tinggi, kerajaan berjaya batal saman empat penuntut UM Menteri Pendidikan Tinggi, kerajaan berjaya batal saman empat penuntut UM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61470642608_UnivMalaya.jpg)
Menteri Pendidikan Tinggi, kerajaan berjaya batal saman empat penuntut UM
UM masih kekal sebagai defendan dalam saman pemula itu dan kes berkenaan akan didengar pada 21 April depan.