PUTRAJAYA: Malaysia akan terus lantang bersuara di setiap pentas dunia agar pembunuhan kejam rakyat Palestin dihentikan serta gencatan senjata di Gaza kekal, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata adalah menjadi harapan Malaysia agar rakyat Palestin dapat balik ke kampung halaman masing-masing dan sebuah negara Palestin yang merdeka dapat ditubuhkan secepat mungkin.
"(Kita) harap sebuah negara Palestin yang merdeka dapat ditubuhkan secepat mungkin dan rakyat dapat kembali ke tanah air mereka mengikut garis sempadan sebelum 1967. Ini harapan seluruh masyarakat antarabangsa agar isu Gaza dapat diselesaikan," katanya kepada media selepas pelancaran Inisiatif Kemanusiaan untuk Palestin, di sini hari ini.
Mohamad berkata Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang dijadual September ini akan menjadi pentas utama untuk menyuarakan dan mengutuk tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.
"Kita (Malaysia) mahu supaya resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penghakiman sementara oleh mahkamah keadilan antarabangsa itu dikuat kuasa, cadangan tiga fasa gencatan senjata oleh Amerika yang diterima semua pihak," katanya.
Mohamad berkata memandangkan pintu masuk ke Rafah telah dimusnahkan, satu-satunya pintu yang dibuka untuk penghantaran bantuan kemanusian ke Gaza adalah melalui Jambatan Allenby/Raja Hussein yang menghubungkan Tebing Barat dengan Jordan.
Oleh itu, beliau berkata sebarang bantuan kemanusian seeloknya dihantar melalui Jordan memandangkan negara itu mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Sementara itu, beliau berkata program hari ini bertujuan untuk menguar-uarkan inisiatif kemanusiaan yang dijalankan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan syarikat-syarikat swasta bagi membantu rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang sedang menderita akibat kekurangan bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas.
Pada majlis itu pelbagai inisiatif dilancarkan antaranya kerjasama dengan Touch 'n Go melalui eWallet dan Misi Satu Juta Pek Makanan dan Daging Korban ke Bumi Palestin oleh Yayasan Budi Ihsan Malaysia.
Mohamad berkata Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) sehingga kini mengumpul sebanyak RM98.8 juta dan daripada jumlah itu, RM35 juta telah disalurkan kepada pertubuhan antarabangsa di bawah PBB seperti United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) dan Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Mohamad berkata adalah menjadi harapan Malaysia agar rakyat Palestin dapat balik ke kampung halaman masing-masing dan sebuah negara Palestin yang merdeka dapat ditubuhkan secepat mungkin. - Gambar fail/Bernama
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel langgar gencatan senjata dengan Lubnan 6 kali pada hari ke-23
Tentera Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan sebanyak enam kali pada hari ke-23, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) pada Khamis.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel serang lebih 250 sasaran ketenteraan di Syria
Sumber keselamatan Israel memberitahu tentera negara itu telah melaksanakan salah satu operasi serangan terbesar dalam sejarah tentera udara mereka di Syria.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Tentera Lubnan akan adakan mesyuarat gencatan senjata
Jawatankuasa disertai pegawai tertinggi tentera dari Amerika Syarikat (AS) dan Perancis itu turut meninjau sektor selatan Litani.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.