KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines amat kesal dengan ketidakselesaan yang dihadapi penumpang tiga penerbangannya apabila persekitaran kabin pesawat menjadi panas berikutan masalah teknikal berasingan yang menyebabkan unit kuasa bantu (APU) tidak berfungsi.
Syarikat penerbangan nasional itu menjelaskan tiga penerbangan itu adalah dari Kuala Lumpur ke Kuching (MH2536) pada 3 Mei, Kuala Lumpur ke Sandakan (MH2710) pada 8 Mei dan Alor Setar ke Kuala Lumpur (MH1205) pada 9 Mei 2022.
"Sistem APU adalah komponen yang dipasang pada pesawat yang membekalkan kuasa elektrik dan udara bertekanan untuk sistem penyaman udara dan enjin yang dimulakan di atas tanah.
"Apabila anomali dikesan di darat sebelum berlepas, pesawat tidak boleh dihidupkan mengakibatkan persekitaran kabin yang hangat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan dengan bantuan peralatan di darat di lapangan terbang berlainan dan jenis pemeriksaan yang diperlukan, masa menunggu mungkin terpaksa dipanjangkan untuk memastikan pesawat berkenaan selamat untuk dikendalikan.
"Bagi mengelakkan situasi seperti itu berulang dan menyebabkan ketidakselesaan penumpang, syarikat penerbangan ini berkuat kuasa serta-merta akan memastikan para penumpang dipindahkan ke dewan berlepas dalam tempoh 10 minit selepas masalah dikenal pasti sementara proses pembaikan sedang dibuat.
"Syarikat penerbangan ini akan menasihati tindakan seterusnya jika pembaikan itu mengambil masa lebih lama daripada jangkaan," jelasnya.
Sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri, Malaysia Airlines mengendalikan lebih 1,800 penerbangan dan menggunakan 40 pesawat bagi menampung lonjakan dalam perjalanan domestik.
Malaysia Airlines memberitahu ia komited untuk menambah baik proses pemulihan perkhidmatannya bagi memastikan pengalaman penumpang tidak terganggu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022
Sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri, Malaysia Airlines mengendalikan lebih 1,800 penerbangan dan menggunakan 40 pesawat bagi menampung lonjakan dalam perjalanan domestik. - Gambar hiasan
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.
MAB beli pesawat baharu tingkat keyakinan penumpang
MAB telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan berkenaan.
Kadar OTP Malaysia Airlines naik lebih 80 peratus pada Oktober 2024
Beliau berkata peningkatan tersebut adalah susulan pengumuman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangannya pada hujung Ogos yang lalu.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.
Malaysia Aviation Group sertai CEO Action Network perkasa perniagaan mampan
Malaysia Aviation Group Bhd sertai CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
MAVCOM lapor 32 peratus penyusutan dalam aduan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, penyusutan 32 peratus daripada 3,063 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.