KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines merupakan antara syarikat penerbangan global pertama yang sedang menguji 'IATA Travel Pass' -- aplikasi telefon mudah alih bagi pengesahan kesihatan secara digital.
Sebagai persediaan sebelum memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital di aplikasi mudah alih sendiri, Malaysia Airlines menjelaskan ujian ke atas pas perjalanan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) itu akan melibatkan penumpang penerbangan dari Kuala Lumpur ke London bagi tempoh 29 April hingga 27 Mei 2021.
"Penumpang terpilih bagi perjalanan menerusi penerbangan MH4 pagi ini menjadi yang pertama mendapat akses kepada aplikasi baharu tersebut.
"Ia menyediakan semua maklumat yang perlu diketahui penumpang dalam satu aplikasi mudah dan senang digunakan," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebagai permulaan, hanya penumpang yang menggunakan telefon bimbit dengan sistem pengoperasian iOS sahaja yang akan mempunyai akses kepada aplikasi tersebut.
Aplikasi tersebut merupakan langkah seterusnya bagi usaha Malaysia Airlines untuk melancarkan semula perjalanan yang selamat dan terjamin -- menerusi kerjasama kerajaan, pihak berkuasa sempadan, rakan syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan lain untuk merealisasikannya.
"Ujian tersebut juga dapat membentuk versi akhir Pas Kesihatan Perjalanan Digital syarikat penerbangan ini secara sewajarnya, dengan mengambil kira faktor teknikal dan budaya supaya ia menjadi lebih mesra pengguna dan penumpang," jelasnya.
Menurut Malaysia Airlines, aplikasi rintis 'IATA Travel Pass' akan membolehkan syarikat penerbangan memperkemas, memperbaik dan meningkatkan usaha untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses oleh penumpang, di samping mengekalkan piawaian pematuhan dan keselamatan tertinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 29 2021
'IATA Travel Pass' merupakan aplikasi telefon mudah alih bagi pengesahan kesihatan secara digital.. - Facebook Malaysia Airlines
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.
MAB beli pesawat baharu tingkat keyakinan penumpang
MAB telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan berkenaan.
Kadar OTP Malaysia Airlines naik lebih 80 peratus pada Oktober 2024
Beliau berkata peningkatan tersebut adalah susulan pengumuman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangannya pada hujung Ogos yang lalu.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.
Malaysia Aviation Group sertai CEO Action Network perkasa perniagaan mampan
Malaysia Aviation Group Bhd sertai CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
MAVCOM lapor 32 peratus penyusutan dalam aduan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, penyusutan 32 peratus daripada 3,063 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.