Malaysia mempunyai pelan kontigensi dalam berdepan kemungkinan berlaku fenomena jerebu semasa berlangsungnya Sukan SEA 2017 di ibu negara bulan ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau akan ke Indonesia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu melibatkan kebakaran hutan, jerebu dan isu alam sekitar.
"Saya sudah minta Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) untuk urus saya pergi ke sana (Indonesia) bagi memberi tawaran kita untuk membantu Indonesia apabila mereka perlu bantuan kita," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Ke-12 Majlis Sumber Air Negara bertempat di Bangunan Utama Parlimen, di sini hari ini.
Ujarnya, ketika ini terdapat kira-kira 27 laporan kebakaran di Kalimantan.
"Pada empat hari lepas, 72 hotspot (titik panas) di Aceh, tetapi pada hari ini tiada hotspot lagi. Urusan pemadaman yang dijanjikan pihak Indonesia menyatakan kerjasama di antara pihak polis, tentera dan majlis tempatan itu berkesan untuk menangani kebabakaran segera selain daripada pengesanan dari Pusat Meteorologi ASEAN di Singapura kerana kita ada dua bacaan iaitu satu Indonesia dan satu di Singapura yang diguna pakai," katanya lagi.
Bagaimanapun katanya, hotspot kebakaran di Indonesia itu tidak berkekalan dan boleh berubah dari semasa ke semasa.
"Hotspot ini tidak berkekalan, ia berlaku sekejap, dan ada pemadaman dibuat, maka Indonesia keep the promise untuk memadamkan kebakaran," tambah beliau.
Dalam pada itu katanya, pertemuan beliau dengan menteri Indonesia terlibat perlu dibuat bagi menunjukkan rasa prihatin terhadap isu jerebu dan berusaha menawarkan kerjasama bagi menangani perkara itu.
"Ini bukan soal kita nak confront dia berhubung dengan kebakaran, kerana mereka telah ambil tindakan. Cuma kita nak beritahu bahawa negara kita concern dengan kebakaran ini dan kedua kita nak tawar secara rasmi bahawa kita akn kerjasama dengan mereka dan bersedia untuk menghantar bombadier kita, SMART Team dan pasukan bomba," kata Wan Junaidi.
Rahimah Abdullah
Wed Aug 02 2017

Menurut Wan Junaidi (gambar), ketika ini terdapat kira-kira 27 laporan kebakaran di Kalimantan. - Gambar fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

ASEAN tingkat usaha perteguh keselamatan siber, depani peningkatan ancaman
Ancaman siber adalah antara cabaran utama, meliputi jenayah seperti penipuan dalam talian dan serangan penggodam ke atas infrastruktur kerajaan.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji Kementerian Luar atau Wisma Putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh Malaysia di peringkat global.

Menteri Luar China seru jadikan Laut China Selatan kawasan keamanan, persahabatan, kerjasama
Hasil usaha China dan negara ASEAN, Laut China Selatan kekal aman dan stabil tahun lepas serta menjadi perairan paling selamat dan sibuk untuk pelayaran dan penerbangan antarabangsa.

Setiausaha Agung ASEAN seru pemain industri sokong inisiatif Grid Kuasa US$764 bilion
Setiausaha Agung ASEAN menyeru pihak berkepentingan dalam industri untuk menyokong inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

MWC 2025: 19 MoU dimeterai, perkukuh agenda teknologi, digital Malaysia
Kerjasama penting termasuk CelcomDigi dengan Ericsson untuk transformasi industri minyak dan gas, serta Digital Nasional Bhd dengan Ericsson dan META untuk mempercepat penggunaan teknologi 5G.