Kalau berkunjung ke Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, pastinya pengunjung akan terlihat susuk maskot Hello Kitty yang menghibur orang ramai di kawasan peranginan popular di Negeri Pantai Timur berkenaan.
Di sebalik patung comel itu, sebenarnya adalah seorang warga emas berusia 56 tahun yang mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.
Tidak kisah menerima walau RM1 sekali pun, Siti Endon Ismail, yang digelar "Makcik Hello Kitty" ceria melayan pengunjung terutama kanak-kanak yang ingin bergambar dengannya.
Siti Endon sebenarnya telah tiga tahun menghiburkan pengunjung di pantai itu.
Matlamatnya, adalah ingin mencari wang untuk dirinya dan puluhan kucing jalanan yang dibela.
“Pakai maskot ni semata-mata kerana kucing kerana saya nak nak pupuk semangat kasih sayang orang ramai pada kucing dan menarik orang biar orang sukakan kucing tak aniaya kucing jadi saya sendiri kena pakai kena buat macamni laa biar saya ni pakai kucing nampak macam ni saya suka kucing," katanya semasa ditemui Astro AWANI di rumahnya di sini.
Dia mula memakai kostume Hello Kitty dan juga beberapa karektor lain sejak pagi sehingga ke lewat malam.
Cabaran yang dipikulnya cukup berat, pada usia emas, dia terpaksa menahan kepanasan kerana terpaksa berada berjam-jam dalam kostum itu demi mencari rezeki.
Pernah berkahwin dengan 'Mat Salleh'
Namun di sebalik semua cerita itu, wanita gigih ini sebenarnya pernah berkahwin dengan seorang warga Scotland dan dikurniakan empat orang anak.
Namun, hubungan mereka terpisah sejak 20 tahun lalu kerana wanita itu sebelum ini enggan mengikut suami ke negara asalnya.
“Dia (suami) ajak saya balik sana. Saya pun terfikir saya tak nak duduk tempat dia. Selepas itu fikir-fikir, saya rasa pendidikan sini, dengan sana, sana lagi tinggi.
"Saya bercita-cita tinggi supaya anak saya pun semua masa belajar dekat sini. Jadi, apabila dia belajar tinggi dia kena pergi sana juga. Walau macamana lagi pun orang cakap kalau kita nak belajar dari peringkat rendah, kita kena belajar sana dan sebab itu saya lepas tu mereka semua sekali pergi ke sana," ujarnya sebak.
Dia bagaimanapun masih menaruh harapan untuk berjumpa anak-anaknya.
Siti Endon cuba menghubungi mereka, namun gagal sehingga ke hari ini.
"Saya ada cuba hubungi nombor telefon suami sebelum ini, tetapi sehingga kini nombor itu tidak dapat dihubungi,"
Baginya, kini, dia mahu menumpukan seluruh kehidupannya kepada kucing akan terus melakukan ini semua sehingga akhir hayatnya.
Jika ada modal, dia mahu membuka kedai kucing yang menjual makanan dan kelengkapan haiwan peliharaan itu.
Mohd Zalani Md Atan
Mon Feb 11 2019
Di sebalik patung comel itu, sebenarnya adalah seorang warga emas berusia 56 tahun yang mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Astro, Premier League perangi cetak rompak dengan kempen 'Boot Out Piracy'
Astro dan Premier League mengambil peluang untuk sekitar menekankan isu kritikal perihal cetak rompak digital melalui kempen 'Boot Out Piracy'.
The Knights Award: Astro terus cemerlang, rangkul anugerah Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa
Astro Malaysia Holdings Bhd terus mengorak kejayaan sebagai syarikat penyedia kandungan dan hiburan terkemuka negara, apabila dinobatkan sebagai Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa.
Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen
Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia.
Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.
Akibat penyiaran haram, syarikat rangkaian restoran nasi kandar bayar pampasan RM221,000 kepada Astro
Thaqwa telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.