Kebanyakan pengemis di ibu kota Kuala Lumpur bukan warga tempatan, sebaliknya terdiri daripada warga asing.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Zainal Abidin Jaffar menegaskan, kebanyakan golongan asnaf warganegara Malaysia mendapat bantuan secara terus daripada Skuad Jejak Asnaf yang dikendalikan Baitulmal.
"Kebanyakan peminta sedekah ini bukan orang kita. Bila tangkap, rupa-rupanya mereka ini orang luar.
"Kalau peminta sedekah tu orang kita (warga tempatan), pihak kami akan terus bagi bantuan. Sama ada carikan rumah untuk ditempatkan di penempatan Projek Perumahan Rakyat (PPR), carikan bantuan bulanan, hutang kita selesaikan dan anak kita bantu.
"Kalau orang luar, kita tidak boleh buat apa. Biasanya mereka tiada dokumen perjalanan sah yang memungkinkan masalah lain di pihak kita," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya tidak menafikan warga asing yang turut tergolong dalam kelompok asnaf.
Namun, pihak Baitulmal hanya mampu menyalurkan bantuan kecemasan sahaja kepada warga asing memandangkan Baitulmal memberi fokus sepenuhnya bantuan untuk rakyat tempatan.
Selain Skuad Jejak Asnaf, kaunter bergerak Baitulmal juga berperanan penting mengenal pasti golongan yang memerlukan.
Hilal Azmi
Thu Jul 02 2015
Baitulmal hanya mampu menyalurkan bantuan kecemasan sahaja kepada warga asing memandangkan Baitulmal memberi fokus sepenuhnya bantuan untuk rakyat tempatan.- Astro AWANI
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
23 tahun berteduh dalam pondok selepas rumah terbakar
Seorang warga emas mendirikan pondok untuk berteduh daripada panas dan hujan selepas rumah didiaminya musnah dalam kebakaran pada 2000.
Pusat zakat, Baitulmal perlu lebih aktif kesan golongan miskin bandar
Pusat pungutan zakat dan Baitulmal perlu memainkan peranan lebih aktif dalam membantu mengesan individu yang memerlukan, sekali gus mengurangkan golongan miskin bandar di negara ini.
Pusat Pungutan Zakat MAIWP perjelas kekeliruan 'tak bantu mangsa banjir'
PPZ-MAIWP hanya dipertanggungjawabkan untuk mengutip bayaran zakat daripada mereka yang layak mengeluarkan zakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Tidur dalam kereta: Baitulmal sedia bantuan rumah
Penyediaan bantuan rumah itu dibuat bersekali dengan kadar sewaan yang ditanggung sepenuhnya oleh Baitulmal.
Keluarga Prebet Suria akan ditempatkan di rumah transit Flat Sri Johor - Rina Harun
Empat daripada lima anak pesara tentera itu juga akan menerima Bantuan Kanak-Kanak di bawah JKM mulai bulan hadapan.
Kutipan zakat PPZ diserah sepenuhnya kepada Baitulmal MAIWP - Syed Ali
Wang kutipan zakat yang dilakukan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan diserah sepenuhnya kepada Baitulmal MAIWP.
MAIS lancar sistem e-Faraid mudahkan umat Islam urus harta pusaka
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan Sistem e-Faraid MAIS bagi membolehkan masyarakat Islam di negeri itu menguruskan harta pusaka dengan mudah dan pantas secara dalam talian.
Keperitan Hazreel tanggung penyakit tiada penawar
Pernahkah anda terkena seterika, cerek atau ekzos motorsikal yang panas dan kemudian kulit anda menjadi melepuh? Ikuti kisah adik Muhammad Hazreel Mikhail Hizar.
Majoriti pengemis di Kuala Lumpur bukan warga tempatan
Kebanyakan pengemis di ibu kota Kuala Lumpur bukan warga tempatan sebaliknya terdiri daripada warga asing.
Tunggu zakat: Pegawai Baitulmal sudah bantu Rosli - Pengurus PZNS
Bantuan sudah disalurkan kepada Rosli Hamid, 46, yang menjadi orang kelainan upaya (OKU) selepas kedua-dua kakinya lumpuh akibat kemalangan motosikal.