SHAH ALAM:Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan Sistem e-Faraid MAIS bagi membolehkan masyarakat Islam di negeri itu menguruskan harta pusaka dengan mudah dan pantas secara dalam talian.
Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata sebagai badan yang mengelola Baitulmal, MAIS sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan menjadi tempat rujukan utama dalam urusan pentadbiran harta pusaka orang Islam.
"Sistem e-Faraid MAIS adalah satu sistem yang dibangunkan merangkumi penawaran perkhidmatan pengurusan harta pusaka, kaedah pengiraan secara faraid dan pengurusan fail serta pelaporan untuk pegawai yang mengurus.
"Pelancaran e-Faraid MAIS disempurnakan Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerusi aplikasi Zoom Meeting di sini hari ini," menurutnya dalam kenyataan.
Beliau berkata e-Faraid MAIS merupakan sistem pertama seumpamanya dihasilkan Majlis Agama Islam Negeri melalui bidang kuasa yang diperuntuk di bawah Subseksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
"Menariknya menerusi e-Faraid MAIS, pengguna dibekalkan dengan Kalkulator Pengiraan Faraid atau K-Faraid MAIS bertujuan mendidik masyarakat untuk memahami kaedah pengiraan dan pembahagian harta pusaka secara faraid.
"Bagi yang ingin menggunakan K-Faraid MAIS, hanya perlu memasukkan waris-waris seseorang si mati melalui senarai waris atau carta waris dan kemudian memasukkan jumlah nilaian harta-harta pusaka yang ditinggalkan si mati. Hasilnya, pengiraan akan memaparkan kadar bahagian waris-waris bersama jumlah harta melalui jadual pengiraan," katanya.
Ahmad Shahir juga berkata menerusi e-Faraid MAIS, pengguna hanya perlu memilih perkhidmatan yang dikehendaki seperti Permohonan Penebusan, Permohonan Pusaka Tiada Waris, Permohonan Urus Pusaka dan Permohonan Pembelian.
"Melalui e-Faraid MAIS, MAIS akan melaksanakan pengurusan harta pusaka dengan telus, adil dan profesional mengikut hukum syarak kepada ahli waris," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan Sistem e-Faraid MAIS bagi membolehkan masyarakat Islam di negeri itu menguruskan harta pusaka dengan mudah dan pantas secara dalam talian.
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Consider This: 2024 US Election (Part 1) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Saeed Khan, Founding member of the Institute for Social Policy and Understanding. He’s also an associate professor of Near Eastern and Asian Studies at Wayne State University.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Consider This: 2024 US Election (Part 2) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Hayg Oshagan, Founder and Director of New Michigan Media. He’s also an Associate Professor in the Department of Communication at Wayne State University.
AWANI Ringkas: KDN beri penjelasan di Dewan Rakyat Khamis ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teknologi pengecasan tanpa wayar ada potensi besar berkembang di Malaysia -MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kenderaan elektrik (EV) mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia. Jelasnya, ia antara teknologi yang pesar membangun, berbanding teknologi pertukaran bateri yang memerlukan kos pembangunan fasiliti yang tinggi. #AgendaAWANI
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard akan dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Jelasnya, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas. #AgendaAWANI Agenda AWANI
PRR pertama akan dilancarkan pada 2025, sempena kepengerusian ASEAN Malaysia - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025. Jelasnya, ia sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia. #AgendaAWANI
PRR akan kuatkuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuatkuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan. Jelasnya, bagi penghuni yang tidak membayar komitmen tetap kepada PRR, maka individu tersebut akan dihalang daripada meningkat fasiliti di perumahan awam terbabit. #AgendaAWANI
MAIS lancar sistem e-Faraid mudahkan umat Islam urus harta pusaka
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan Sistem e-Faraid MAIS bagi membolehkan masyarakat Islam di negeri itu menguruskan harta pusaka dengan mudah dan pantas secara dalam talian.