KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) yang berperanan mengiktiraf, mendaftar dan mengawal selia amalan kerja sosial di negara ini dicadangkan untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata MPKS akan bertindak sebagai medium untuk membincangkan cadangan penambahbaikan latihan dan program pembangunan profesional berterusan bukan hanya dalam kalangan penjawat awam, tetapi juga kepada mereka yang terlibat dalam kerja sosial di sektor swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Ini akan membantu melancarkan jaringan kerjasama dalam penyampaian perkhidmatan yang profesional, perkongsian amalan terbaik dan menyokong profesion menerusi rangkaian badan profesion lain termasuklah di peringkat antarabangsa," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang ingin tahu langkah kementerian bagi memastikan kesejahteraan pekerja sosial di negara ini dan status proses konsultasi terhadap RUU PKS terkini.
Selain itu, Nancy berkata RUU PKS juga akan memperuntukkan penubuhan jawatankuasa siasatan yang akan membolehkan siasatan terperinci dijalankan ke atas setiap aduan diterima.
Beliau berkata fasal tersebut sekali gus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada individu iaitu klien malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi daripada tuduhan tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugasan.
Menjawab status proses konsultasi terhadap RUU PKS terkini, Nancy berkata hasil dapatan pelbagai sesi libat urus berterusan, draf RUU tersebut memerlukan beberapa penelitian khusus termasuk melibatkan ketetapan dasar bagi memastikan kesediaan pemakaian RUU itu setelah diluluskan kelak.
"Di samping itu, penambahbaikan lain yang diterokai terhadap draf RUU ini adalah untuk memasukkan peruntukan am yang menjelaskan fungsi dan peranan pekerja sosial serta praktis kerja sosial," katanya.
Dalam pada itu, Nancy turut mengucapkan selamat Hari Pekerja Sosial Sedunia yang disambut hari ini khususnya buat warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua pekerja sosial di seluruh negara.
"Curahan bakti anda semua dalam membantu membentuk kesejahteraan kita rakyat Malaysia amat dihargai," katanya.
Hari Pekerja Sosial Sedunia disambut pada setiap Selasa minggu ketiga Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Majlis Profesion Kerja Sosial dicadang dimasukkan dalam RUU - Nancy
Penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) dicadang untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undadang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS).