PUTRAJAYA: Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor akan disenarai hitam daripada melakukan sebarang urusan, termasuk pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja sedia ada di Jabatan Imigresen (JIM).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dalam kenyataan bersama hari ini berkata majikan berkenaan turut disenarai hitam daripada membuat permohonan penggajian pekerja asing baharu di bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955.
Kedua-dua menteri itu berkata kuota pengambilan pekerja asing yang masih berbaki dan surat kelulusan bersyarat yang telah dikeluarkan kepada majikan itu dengan pulangan bayaran levi turut dibatalkan.
Saifuddin Nasution dan Steven Sim berkata tindakan berdasarkan Akta Imigresen 1959/1963, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Kerja 1955 serta Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990, juga akan dikenakan.
Selain itu, naziran dan inspektorat turut akan dilaksanakan terhadap mana-mana majikan yang telah membawa masuk pekerja asing menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.
"Tindakan-tindakan ini diambil bagi memastikan majikan-majikan melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pekerja asing.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes eksploitasi pekerja asing yang membawa kepada amalan buruh paksa dan pemerdagangan orang," kata Saifuddin Nasution dan Steven Sim.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan susulan pertemuan kedua-kedua menteri Rabu lepas bagi membincangkan mengenai dasar serta operasi pekerja asing di Malaysia secara terperinci, terutama berhubung bidang kuasa KDN dan KSM.
Kedua-dua menteri itu berkata ia bertujuan mencari penyelesaian terhadap kes pengabaian dan eksploitasi pekerja asing serta merangka penambahbaikan aspek pengurusan pekerja asing demi memastikan isu itu dapat ditangani secara tuntas dan holistik.
Menurut Saifuddin Nasution dan Steven Sim, beberapa tindakan jangka masa pendek dan panjang termasuk menambah baik akta dan dasar sedia ada akan dilaksanakan segera bagi memperkasakan pengurusan pekerja asing dengan fokus terhadap hak serta kebajikan pekerja.
Kedua-dua menteri itu turut memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing akan diadakan pada 16 Jan ini, sebelum mencadangkan kepada Kabinet mengenai status pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing, serta langkah penambahbaikan tatakelola pengurusan penggajian pekerja asing di negara ini.
"Tindakan dan usaha ini adalah selaras dalam memastikan isu berhubung penggajian pekerja asing ditangani tanpa kompromi demi kedaulatan undang-undang negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024

Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor akan disenarai hitam. - Gambar fail/Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Majikan tipu pekerja asing setuju bayar gaji lebih RM1 juta
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor baru-baru ini bersetuju membayar gaji RM1,035,557.50 kepada 733 pekerja terlibat.

Majikan tipu pekerja asing di Pengerang disenarai hitam
Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor akan disenarai hitam daripada melakukan sebarang urusan.