PUTRAJAYA: Majikan yang memperoleh kelulusan bersyarat daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menggajikan pekerja asing di bawah Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing perlu membuat bayaran levi di Jabatan Imigresen sebelum mengenal pasti pekerja asing di negara sumber.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu adalah antara prosedur yang ditetapkan untuk menggajikan pekerja asing menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang berkuat kuasa bermula Januari hingga 31 Mac ini.
"Dengan dokumen kelulusan bersyarat itu, majikan boleh membuat bayaran levi di Jabatan Imigresen Malaysia. Majikan kemudiannya boleh mengenal pasti pekerja asing di negara sumber untuk menjalani saringan kesihatan sebagai prasyarat sebelum pelepasan ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Melalui pelan itu, majikan dibenarkan untuk menggaji pekerja asing dari 15 negara sumber berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan sebenar majikan, dan dikecualikan daripada melalui prasyarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.
Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Jan lepas bersetuju mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing itu sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing, selain melaksanakan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar hari ini berkata kerajaan akan melaksanakan program Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bagi lima sektor dan subsektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran sahaja).
Saifuddin Nasution berkata selepas proses pembayaran levi itu, majikan perlu melengkapkan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR), permohonan Single Entry Visa di luar negara, proses imigresen di pintu masuk antarabangsa, saringan kesihatan pekerja asing dalam negara dan pengeluaran pas lawatan kerja sementara (PLKS).
"Selepas pengeluaran PLKS, majikan akan diberi tempoh maksimum enam bulan untuk mematuhi prasyarat yang dikecualikan di peringkat awal seperti pematuhan kepada undang-undang perburuhan dan kriteria kelayakan kuota di bawah KSM serta syarat minimum penggajian di bawah Agensi Kawal Selia," katanya.
Bagi memastikan pematuhan terhadap prasyarat berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, Saifuddin Nasution berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama KSM akan memperkasakan penguatkuasaan naziran dan inspektorat dalam urusan pengurusan pekerja asing.
"Sekiranya didapati majikan melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa, majikan boleh dikenakan tindakan selaras dengan akta-akta yang berkenaan.
SAIFUDDIN-PEKERJA ASING 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
"Elemen penguatkuasaan naziran dan inspektorat secara bersepadu ini adalah bagi mengimbangi elemen keselamatan dalam kepentingan kita untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
Mengenai program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang dilaksanakan semula selama setahun, Saifuddin Nasution berkata permohonan program itu boleh dibuat melalui laman web Jabatan Imigresen Malaysia di pautan www.imi.gov.my.
Beliau berkata lawatan ke tiga negara sumber utama iaitu Indonesia, Bangladesh dan Nepal akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perihal keselamatan pekerja asing serta berunding berkenaan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu adalah antara prosedur yang ditetapkan untuk menggajikan pekerja asing menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang berkuat kuasa bermula Januari hingga 31 Mac ini. - BERNAMA
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah
Pandangan yang disediakan digarap daripada analisis terperinci dan menyeluruh Talentbank GE Index, yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia.
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei, daftar Perkeso sebelum Op Kesan
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar pekerja mereka secara sukarela dengan Perkeso, sebelum pelaksanaan Op Kesan 2024.