KUALA LUMPUR:Majikan dan penyedia penginapan pekerja berpusat yang belum lagi membuat sebarang permohonan Perakuan Penginapan diminta segera berbuat demikian bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata ia merupakan sebahagian daripada penguatkuasakan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
"Menteri Sumber Manusia telah menekankan bahawa ia adalah antara tindakan proaktif yang diambil kerajaan bagi memastikan penguatkuasaan Akta 446 atau apa jua akta yang sedang berkuat kuasa dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.
"Ia merujuk kepada satu operasi penguatkuasaan dan pemantauan di sebuah kilang di Kajang, Selangor yang disertai menteri terbabit Datuk Seri M. Saravanan," kata kenyataan itu.
Menerusi operasi itu, KSM berkata pemilik kilang berkenaan gagal menyediakan penginapan kondusif buat pekerja kerana ia berkonsepkan kontena, dan menempatkan 759 pekerja asing di belakang premis kilang, lantas pekerja tinggal dalam keadaan sesak, tiada pengudaraan yang baik, persekitaran yang kotor dan daif.
Operasi itu turut disertai pasukan petugs pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 Daerah Hulu Langat iaitu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hulu Langat yang terdiri daripada beberapa agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Penerangan.
"Selain penguatkuasaan Akta 446, operasi ini turut melihat sejauh mana pematuhan pemilik kilang terhadap SOP pencegahan COVID-19 dipatuhi sepenuhnya di bawah penguatkuasaan Akta 342 Kementerian Kesihatan.
"Ini merupakan kerjasama strategik dalam usaha kerajaan memutuskan penularan rantaian wabak pandemik COVID-19 dalam kalangan pekerja pelbagai sektor," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Jabatan Tenaga Kerja Selangor kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan dijangka lapan kertas siasatan akan dibuka meliputi pelbagai kesalahan di bawah Akta 446.
Antara kesalahan termasuk kegagalan majikan mendapatkan Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan juga pelanggaran Peraturan-Peraturan di bawah Akta 446 melibatkan penyediaan kemudahan yang tidak memenuhi standard ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020
Menerusi operasi itu, KSM berkata pemilik kilang berkenaan gagal menyediakan penginapan kondusif buat pekerja kerana ia berkonsepkan kontena. - Astro AWANI
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza
PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.
Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.