KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan Skuad MAIWP Insani Misi Bantuan Banjir 2022 pada Rabu bagi membantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Menurut Pengerusi MAIWP, Tan Sri Mohd Daud Bakar, sebanyak RM6 juta peruntukan telah diluluskan dalam misi membantu mangsa banjir di Pantai Timur itu.
"MAIWP telah mengambil cakna dengan cepat dan pantas dan telah meluluskan bajet RM6 juta.
"MAIWP telah memperuntukkan RM1 juta setiap negeri dan disampaikan Majlis Agama Islam Negeri di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"MAIWP turut memperuntukkan RM1 juta yang dikoordinasikan oleh JAKIM di bawah agensi-agensi agama di bawah Menteri Agama sebanyak RM1 juta untuk disatukan dalam bajet Kerajaan Persekutuan membantu mangsa-mangsa banjir," katanya.
Selain membantu dari sudut sumbangan, turut disalurkan dalam misi bantuan itu jelas Mohd Daud, adalah barangan keperluan harian serta peralatan elektrik.
Dari sudut tenaga kerja pula, Skuad MAIWP Insani jelasnya lagi akan membantu membasuh rumah-rumah mangsa banjir di negeri-negeri terkesan.
"MAIWP turut menyediakan RM2 juta barang-barang keperluan seperti telekung, makanan, barang-barang peralatan elektrik yang musnah dalam banjir.
"Juga disediakan bantuan sedikit belanja untuk menggerakkan skuad MAIWP Insani menolong mangsa-mangsa banjir untuk membersihkan rumah.
"Pada peringkat awal mungkin sokongan dan galakan diberikan (ramai pihak), (tetapi) di penghujung banjir ini perlukan kudrat manusia membantu mereka terkesan bantuan membersihkan rumah," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sebelum melepaskan Skuad MAIWP Insani Misi Bantuan Banjir 2022 di Kompleks Darul Kifayah Taman Koperasi Polis Fasa 2 di sini pada Rabu.
Beliau kemudiannya melepaskan konvoi misi bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya pada petang tadi.
Kira-kira lebih daripada 10 buah kenderaan pacuan empat roda serta lori membawa barangan keperluan digerakkan ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Fareez Azman
Wed Dec 28 2022

Skuad MAIWP Insani akan turut membantu membasuh rumah-rumah mangsa banjir di negeri-negeri terkesan. - Gambar/ Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.

Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.

MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.

Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.

Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP
Sebanyak RM1 bilion zakat berjaya dikutip di seluruh Wilayah Persekutuan pada 2023, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.

‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan
Program itu dilihat mampu memberi impak dalam merapatkan jurang kemudahan antara desa dan bandar.

MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata beliau mahu 'stigma lama' berkaitan aspek pengurusan tidak cekap, dinoktahkan dan tidak mahu agensi berkaitan hal ehwal Islam itu terus dilihat ketinggalan daripada arus perdana.

MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz
MAIWP menyediakan 38 skim bantuan merangkumi kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan perlindungan dari pusat asuhan hingga ke IPT.