Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman terhadap sembilan suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan Balingian.
Majistret Zuriani Ali Musa menolak permohonan reman yang dikemukakan ASP Lee Chee Keat atas alasan kesemua sembilan suspek itu boleh membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan.
Sembilan suspek itu, berumur antara 19 dan 45 tahun, menyerah diri di balai polis Miri semalam. Mereka diwakili peguam Ranbhir Singh Sangha.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata pada masa ini, 22 suspek berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Pasukan penyiasatan mengejar masa untuk merekodkan kenyataan, mengadakan kawad cam dan merampas lebih banyak bahan bukti berkaitan kes itu, katanya.
Mengenai permohonan reman, beliau berkata ia perlu kerana masa diperlukan bagi pasukan penyiasatan mengiringi suspek ke Mukah untuk disoal siasat.
"Kesemua sembilan suspek dari Miri ini adalah penting untuk merungkai perkara sebenar yang berlaku di sekatan (yang didirikan di lokasi kejadian)," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata permohonan itu ditolak oleh Mahkamah Majistret di sini dan suspek dibebaskan.
"Ini kali kedua tahun ini Mahkamah Majistret menolak permohonan kami untuk mendapatkan tahanan reman dalam kes membabitkan kepentingan awam, kali pertama semasa siasatan kes pembunuhan Bill Kayong," katanya.
Pada 24 Okt lepas, sekumpulan lelaki merempuh sekatan yang didirikan di pintu masuk sebuah ladang sawit dan mengakibatkan kematian Fabian Janti Lebau, 26.
Mayat mangsa dijumpai polis dalam keadaan tertiarap dengan tangannya memegang sebilah parang.
Sekatan itu dikatakan didirikan di situ sejak 4 Okt berikutan desakan beberapa penduduk dari rumah panjang di kawasan berkenaan untuk mendapatkan lebih banyak pampasan daripada syarikat pemilik ladang itu. -- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2016
![Mahkamah tolak permohonan untuk reman suspek pembunuhan Balingian Mahkamah tolak permohonan untuk reman suspek pembunuhan Balingian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81457019984_Handcuffedwomen.jpg)
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata pada masa ini, 22 suspek berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan kes Balingian. - Gambar hiasan
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Petronas umum penemuan gas kedua di perairan cetek Balingian, Sarawak Petronas umum penemuan gas kedua di perairan cetek Balingian, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614175505_Petronas.jpg)
Petronas umum penemuan gas kedua di perairan cetek Balingian, Sarawak
Petronas Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan penemuan gas di telaga cari gali 'wildcat' Kulintang-1, Blok SK438, yang terletak di perairan cetek daerah kecil Balingian, Miri Sarawak.
![Mahkamah tolak permohonan untuk reman suspek pembunuhan Balingian Mahkamah tolak permohonan untuk reman suspek pembunuhan Balingian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81457019984_Handcuffedwomen.jpg)
Mahkamah tolak permohonan untuk reman suspek pembunuhan Balingian
Majistret Zuriani Ali Musa menolak permohonan reman yang dikemukakan ASP Lee Chee Keat atas alasan kesemua sembilan suspek itu boleh membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan.
![PAS, Amanah kalah di semua kerusi PAS, Amanah kalah di semua kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61462109495_Amanah.jpg)
PAS, Amanah kalah di semua kerusi
PAS dan parti serpihannya, Amanah bukan sahaja gagal mendapat sebarang kerusi pada pilihan raya Sarawak ke-11 kali ini, malah tujuh calon PAS, sembilan calon Amanah masing-masing hilang wang deposit.
![BN kekal kerusi DUN Balingian BN kekal kerusi DUN Balingian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/61396097310_295x200.jpg)
BN kekal kerusi DUN Balingian
Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian setelah menewaskan calon PKR dengan majoriti 6,911 undi.
![PRK Balingian: 60 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR PRK Balingian: 60 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/61396071654_295x200.jpg)
PRK Balingian: 60 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Kata SPR Peratusan itu ialah yang tertinggi dan tidak pernah dicatat dalam pilihan raya umum atau PRK sebelum ini.
![21 pusat mengundi PRK DUN Balingian dibuka 21 pusat mengundi PRK DUN Balingian dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/41396009722_295x200.jpg)
21 pusat mengundi PRK DUN Balingian dibuka
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 21 pusat pengundian melibatkan 16 buah sekolah rendah dan menengah, tiga dewan serba guna/balai raya serta dua rumah panjang.
![PRK Balingian: Proses penamaan lancar tanpa insiden PRK Balingian: Proses penamaan lancar tanpa insiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51395045977_295x200.jpg)
PRK Balingian: Proses penamaan lancar tanpa insiden
Proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.51 Balingian yang berlangsung hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden dan gangguan.
![SPR terima pengosongan DUN Balingian, mesyuarat 6 Mac SPR terima pengosongan DUN Balingian, mesyuarat 6 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365569169_295x200.jpg)
SPR terima pengosongan DUN Balingian, mesyuarat 6 Mac
SPR telah menerima makluman rasmi dari Speaker Dewan Undangan negeri Sarawak berhubung dengan pengosongan kerusi DUN Balingian.
![Taib Mahmud akan kosongkan kerusi DUN Balingian pada Jumaat Taib Mahmud akan kosongkan kerusi DUN Balingian pada Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/51391667883_295x200.jpg)
Taib Mahmud akan kosongkan kerusi DUN Balingian pada Jumaat
Taib dilaporkan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sarawak Ketujuh pada Sabtu, selepas menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong.