Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengesahkan beliau telah menulis surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar mengenai hasratnya untuk mengosongkan kerusi DUN Balingian, berkuatkuasa Jumaat ini.
"Surat itu telah dihantar. Saya akan mengundur diri sebagai anggota DUN Balingian Jumaat ini," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan menghargai sumbangannya di sini Rabu.
Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas sama ada calon pengganti di Balingian telah dikenal pasti.
Sebaliknya beliau menyerahkan kepada bakal Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang kini Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri untuk membuat keputusan kerana beliau tidak mahu mencampuri urusan politik atau pentadbiran negeri selepas ini.
Pada 12 Feb lalu, Taib mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai ketua menteri, berkuatkuasa 28 Feb dan upacara mengangkat sumpah jawatan bagi Adenan dijangka berlangsung pada hari yang sama.
Terdahulu ketika berucap, Taib berkata beliau yakin Sarawak akan terus menikmati pembangunan lebih pesat selepas beliau mengundur diri memandangkan negeri ini mempunyai pemimpin yang berpengalaman untuk memacu Sarawak ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
"Terima kasih atas sokongan anda kepada saya selama 50 tahun lalu terutama dalam tempoh 30 tahun lepas selama saya menjadi ketua menteri anda," kata beliau.
Taib menyandang jawatan ketua menteri Sarawak yang keempat selama 33 tahun.
Beliau berkata Sarawak mempunyai segala potensi untuk muncul sebagai negeri terkaya di Malaysia menjelang 2030 dengan syarat rakyatnya terus mengekalkan perpaduan yang kukuh dan semangat kerjasama.
"Melalui perpaduan dan kerjasama, kita mampu mencapai sesuatu yang di luar jangkaan untuk memacu pembangunan negeri ke tahap lebih tinggi," katanya.
Bernama
Wed Feb 26 2014


Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Petronas umum penemuan gas kedua di perairan cetek Balingian, Sarawak
Petronas Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan penemuan gas di telaga cari gali 'wildcat' Kulintang-1, Blok SK438, yang terletak di perairan cetek daerah kecil Balingian, Miri Sarawak.

Mahkamah tolak permohonan untuk reman suspek pembunuhan Balingian
Majistret Zuriani Ali Musa menolak permohonan reman yang dikemukakan ASP Lee Chee Keat atas alasan kesemua sembilan suspek itu boleh membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan.

PAS, Amanah kalah di semua kerusi
PAS dan parti serpihannya, Amanah bukan sahaja gagal mendapat sebarang kerusi pada pilihan raya Sarawak ke-11 kali ini, malah tujuh calon PAS, sembilan calon Amanah masing-masing hilang wang deposit.

BN kekal kerusi DUN Balingian
Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian setelah menewaskan calon PKR dengan majoriti 6,911 undi.

PRK Balingian: 60 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Kata SPR Peratusan itu ialah yang tertinggi dan tidak pernah dicatat dalam pilihan raya umum atau PRK sebelum ini.

21 pusat mengundi PRK DUN Balingian dibuka
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 21 pusat pengundian melibatkan 16 buah sekolah rendah dan menengah, tiga dewan serba guna/balai raya serta dua rumah panjang.

PRK Balingian: Proses penamaan lancar tanpa insiden
Proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.51 Balingian yang berlangsung hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden dan gangguan.

SPR terima pengosongan DUN Balingian, mesyuarat 6 Mac
SPR telah menerima makluman rasmi dari Speaker Dewan Undangan negeri Sarawak berhubung dengan pengosongan kerusi DUN Balingian.

Taib Mahmud akan kosongkan kerusi DUN Balingian pada Jumaat
Taib dilaporkan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sarawak Ketujuh pada Sabtu, selepas menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong.