GURUN: Pendakwaan terhadap seorang lelaki warga Nepal di Mahkamah Majistret Gurun atas kesalahan cubaan menculik kanak-kanak terpaksa ditangguhkan berikutan tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Majistret Anis Suraya Ahmad memutuskan demikian selepas tertuduh, Rajaram Sahani, 36 mendakwa tidak memahami pertuduhan yang dibacakan sama ada dalam Bahasa Melayu mahupun Inggeris.
Mahkamah kemudian menetapkan 20 Disember depan sebagai sebutan semula bagi mendapatkan perkhidmatan jurubahasa Nepal.
Mengikut pertuduhan, Rajaram didakwa melakukan cubaan culik terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun daripada jagaan bapanya yang sah di sisi undang-undang.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 7.20 pagi di kawasan tepi jalan berhadapan Kedai Makan Roti Canai Pak Syed di pekan Jeniang 26 November lalu.
Oleh demikian tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki warga Nepal cuba melarikan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di hadapan sebuah kedai roti canai di Pekan Jeniang, namun gagal apabila dia ditahan orang awam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, anggota Pondok Polis Jeniang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.20 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika bapa mangsa berumur 31 tahun mahu membayar dan mengambil tempahan roti canai sementara anaknya ditinggalkan di atas motosikal yang berjarak kira-kira enam meter dari kedai itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 03 2023

Rajaram (tengah) didakwa melakukan cubaan culik terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun daripada jagaan bapanya yang sah di sisi undang-undang. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mayat lelaki ditemukan terapung di kunci air
Pemeriksaan pihak Forensik Selangor ke atas badan mangsa mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian.

Mahkamah tangguh pendakwaan Warga Nepal cuba culik budak
Seorang lelaki warga Nepal dituduh di Mahkamah Majistret Gurun atas kesalahan cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan 26 November lalu.