PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengurangkan hukuman penjara daripada 70 kepada 60 bulan terhadap seorang bekas pemandu bas atas kesalahan memandu secara berbahaya dan menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, tiga tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan Ishak Mat Nawi, 54, untuk mengurangkan hukuman penjara itu dan denda RM20,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 19 Sept 2022.
"Rayuan terhadap hukuman dibenarkan, oleh itu hukuman penjara selama 70 bulan dikurangkan kepada 60 bulan. Hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap (12 Dis 2021).
"Bagi hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda pula dikurangkan kepada tiga bulan," kata hakim itu yang turut bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah.
Prosiding itu dihadiri peguam Izleen Ismail yang mewakili Ishak dan Timbalan Pendakwa Raya Aida Khairuleen Azli.
Pada 19 Sept 2022, Ishak didakwa atas pertuduhan memandu bas dengan cara membahayakan orang awam dan menyebabkan kematian penunggang motosikal, Muhamad Yazid Ab Aziz, 39, di Kilometer 59 Jalan Kuala Lumpur-Kuala Lipis di Hulu Selangor, pada 5.45 petang, 12 Dis 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM50,000.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan denda RM20,000 atau 12 bulan penjara jika gagal membayar denda, selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Ishak kemudian memfailkan rayuan terhadap hukuman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, namun pada 8 Mei 2023, mahkamah berkenaan mengekalkan hukuman tersebut.
Pada 20 Okt 2023, Ishak memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan untuk merayu terhadap hukuman itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Pada 19 Sept 2022, Ishak didakwa atas pertuduhan memandu bas dengan cara membahayakan orang awam dan menyebabkan kematian penunggang motosikal, Muhamad Yazid Ab Aziz, 39. - Gambar hiasan
MCMC rakam percakapan ADUN Sungai Burong mengenai hantaran di Facebook
MCMC telah merakam percakapan ADUN Sungai Burong Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin pada 7 Jan lepas, berhubung suatu hantaran palsu mengenai Perdana Menteri.
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Arwah abang menangis bila salam, peluk' - Adik pemandu bas
Menurut Noorismail, Allahyarham akan bertemu dengannya sebelum memulakan perjalanan ke mana-mana destinasi namun tidak berbuat demikian semalam.
11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bersepadu
Pihak berkuasa menjumpai satu alat untuk penyalahgunaan dadah, dipercayai milik pemandu bas itu.
Pemandu bas sekolah viral: 'Bagaimana TikTok benar akaun seperti ini begitu lama?' - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi mengenal pasti pihak lain yang didapati melakukan kesalahan dalam video pemandu bas.
Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.
Nahas maut di Rompin: Pemandu bas didakwa memandu secara melulu
Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian di Jalan Kuantan-Segamat.
Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja
Seorang pemandu bas persiaran ditahan kerana positif ganja dalam Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam 2024 di Plaza Tol Hutan Kampung di sini pada Sabtu.
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands direman
Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China pada Sabtu direman selama empat hari bermula Ahad.
Bas rempuh lori: Pemandu ada 15 saman trafik, bas ada 38 saman terkumpul
Pemandu bas ekspres yang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di kilometer (KM) 290.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini mempunyai 15 rekod saman trafik.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.