PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 15 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan Pendakwa Raya dan tiga lagi bagi membatalkan rayuan Peguam Diraja Jonathan Laidlaw yang berpangkalan di United Kingdom agar diterima masuk sebagai peguam cara dan peguam bela untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam kes jenayah membabitkan SRC International Sdn Bhd (SRC).
Tiga lagi ialah Jabatan Peguam Negara (AGC), Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.
Pada hari sama, mahkamah akan mendengar permohonan Pendakwa Raya untuk mencelah dalam rayuan Laidlaw.
Perkara ini disahkan oleh peguam Badan Peguam Malaysia Annemarie Pravina Vendargon ketika dihubungi Bernama selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron hari ini.
Beliau berkata kedua-dua permohonan akan didengar bersama dan prosiding mahkamah akan dijalankan secara dalam talian melalui Zoom.
Katanya kesemua pihak diarah memfailkan hujahan bertulis masing-masing selewat-lewatnya pada 28 Feb 2023.
Annemarie dan peguam Wan Arfan Wan Othman, yang mewakili Laidlaw, serta Peguam Kanan Persekutuan Noor Atiqah Zainal Abidin yang mewakili AGC serta peguam Lim Sze Han yang menyebut bagi pihak Pendakwa Raya, hadir pada prosiding pengurusan kes hari ini.
Laidlaw telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk diterima masuk sebagai peguam cara dan peguam bela pada 21 Julai lepas.
Pendakwa Raya, yang tidak dinamakan sebagai responden dalam rayuan Laidlaw, kemudian memfailkan permohonan untuk mencelah agar dimasukkan sebagai responden keempat atas alasan ia adalah pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi namun telah digugurkan secara unilateral dalam rayuan itu.
Melalui notis usul yang difailkan pada 18 Nov lepas, Pendakwa Raya turut memohon agar rayuan Laidlaw dibatalkan atas alasan ia bersifat akademik dan adalah penyalahgunaan proses mahkamah serta tidak dapat dipertahan.
Sementara itu, AGC, Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur yang dinamakan sebagai responden, turut memfailkan permohonan masing-masing bagi membatalkan rayuan Laidlaw.
Pada 12 Okt lepas, Peguam Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Laidlaw akan mewakili bekas Perdana Menteri itu pada pendengaran semula rayuannya jika permohonan semakan kehakiman beliau dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Najib, 69, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara dan denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas beliau bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos lepas.
Permohonan semakan kehakiman Najib telah ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Persekutuan selama tiga hari bermula pada 19 Jan 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

Mahkamah akan mendengar permohonan Pendakwa Raya untuk mencelah dalam rayuan Laidlaw. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf tolak permohonan semakan kehakiman - Badan Peguam
Menurut Badan Peguam, terdapat beberapa persoalan undang-undang baharu berhubung pindaan penting kepada Perlembagaan Persekutuan.

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM
Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan

Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.

Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.

SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.

UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.

'Saya tidak campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC' - Najib
Najib mendakwa tidak mengganggu siasatan pasukan petugas khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd kerana beliau sendiri sedang disiasat ketika itu.

Skandal 1MDB: Najib buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1MDB semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.