PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang perogol bersiri dikenali sebagai 'Rambo Bentong', yang disabitkan membunuh seorang remaja dan seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong.
Rabidin Satir, 53, memohon semakan hukuman matinya di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Penjara Seumur Hidup (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023, tetapi panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.
Panel tersebut diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim membantah permohonan semakan Rabidin dan menggesa mahkamah mengekalkan hukuman mati kerana pembunuhan yang dilakukan oleh Rabidin adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Beliau menjelaskan bahawa dalam kes pertama, Rabidin disabitkan kesalahan kerana memasuki rumah kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong yang berusia 31 tahun pada 2012 dan memukul kepala mangsa dengan senjata api ketika dia sedang tidur bersama isterinya. Yusaini memberitahu mahkamah bahawa Rabidin juga telah merogol isteri mangsa yang sedang mengandung, sebanyak dua kali.
Yusaini Amer berkata pada 2014, Rabidin juga disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh seorang gadis berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kampung Ketari Bentong, Pahang.
Beliau berkata Rabidin juga didakwa merogol gadis tersebut, tetapi Mahkamah Tinggi membebaskannya kerana mahkamah tidak dapat memastikan sama ada rogol itu dilakukan ketika remaja tersebut masih hidup atau selepas kematiannya.
Rayuan Rabidin di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi kedua-dua kes pembunuhan telah ditolak.
Peguamnya, Muhammad Fairuz Ahmad Yusof, meminta mahkamah menukar hukuman mati anak guamnya dan digantikan kepada penjara seumur hidup atas alasan Rabidin telah memohon maaf kepada keluarga mangsa dan kini menderita sakit tekanan darah tinggi serta menggunakan kerusi roda.
Rabidin mendapat gelaran "Rambo Bentong" kerana hidup bersendirian di dalam hutan dan menggunakan pisau 'rambo' untuk mengancam dan menyerang mangsanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Rayuan Rabidin di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi kedua-dua kes pembunuhan telah ditolak. - Gambar/ Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang perogol bersiri dikenali sebagai 'Rambo Bentong', yang disabitkan membunuh seorang remaja dan seorang lelaki.

'Rambo Bentong' dihukum gantung lagi
Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Rabidin Satir atau lebih dikenali sebagai 'Rambo Bentong' selepas didapati bersalah membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan.

Bunuh remaja: Rambo Bentong dihukum mati
'Rambo Bentong' atau nama sebenarnya Rabidin Satir dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh remaja perempuan berusia 17 tahun.

Setelah dihukum 115 tahun penjara, Rambo Bentong diperintah bela diri
Rambo Bentong diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan lima tahun lalu.

"Rambo Bentong" didakwa bunuh dan rogol remaja 17 tahun
Tertuduh atau nama sebenarnya Rabidin Satir, 42, didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara pukul 11.30 malam 7 Mac 2009.