HULU SELANGOR: Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin memerintahkan pelakon Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Terdahulu, Hafidz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu.
Bintang filem Pusaka berkenaan membuat pengakuan tidak bersalah itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada jam 3.32 pagi, 2 Mac lalu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Semasa prosiding, Nurul Qistini yang mengetuai pendakwaan dibantu Elyza Amira Habeeb Rahman, manakala Hafidz diwakili peguam bela Datuk Akberdin Abdul Kader.
Ketika pendakwaan, Nurul Qistini memohon kepada mahkamah supaya tertuduh diberikan ikat jamin selepas dirujuk dan menjalani rawatan di Hospital Bahagia kerana lelaki itu mempunyai rekod menerima rawatan psikiatri sebelum ini.
Bagaimanapun, Akberdin merayu Hafidz dilepaskan dengan ikat jamin tanpa perlu dirujuk ke hospital psikiatri atas alasan pelakon itu hanya mengalami depresi dan bipolar iaitu bukan masalah kesihatan mental pada tahap teruk. - Sinar Harian
>> Semua berita mengenai Hafidz Roshdi di sini
Sinar Harian
Mon Mar 13 2023
![Mahkamah perintah Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia Mahkamah perintah Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678677243_hafidzroshdi.jpg)
Hafidz Roshdi. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kes buli siber Esha: Wanita didenda RM100, pemandu lori mohon bicara Kes buli siber Esha: Wanita didenda RM100, pemandu lori mohon bicara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721114098_BuliEsha.jpg)
Kes buli siber Esha: Wanita didenda RM100, pemandu lori mohon bicara
Dua individu didakwa di dua mahkamah berasingan hari ini berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha.
![Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah
Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu termasuk dua adik-beradik, bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan pembelian sebidang lot tanah.
![Ibu warga emas dipercayai dibunuh, anak OKU mental Ibu warga emas dipercayai dibunuh, anak OKU mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719333979_TBHooChangHook.jpg)
Ibu warga emas dipercayai dibunuh, anak OKU mental
Seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Bahau, dekat sini hari ini.
![Lelaki dituduh bunuh ibu kandung Lelaki dituduh bunuh ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719285954_KSSugan.jpg)
Lelaki dituduh bunuh ibu kandung
Tertuduh, K.S Sugan, 36, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
![SPRM tahan reman penjawat awam terima suapan RM65,000 SPRM tahan reman penjawat awam terima suapan RM65,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718453998_sprmbernama.jpg)
SPRM tahan reman penjawat awam terima suapan RM65,000
SPRM Sarawak telah menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM65,000 dari sebuah syarikat pembekalan barangan.
![Datuk, nenek Zayn Rayyan dibebaskan hari ini Datuk, nenek Zayn Rayyan dibebaskan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718249177_FahmiAbdMoin.jpg)
Datuk, nenek Zayn Rayyan dibebaskan hari ini
Fahmi berkata, kedua-dua individu itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
![Buat laporan palsu diragut, suri rumah didenda RM1,200 Buat laporan palsu diragut, suri rumah didenda RM1,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Buat laporan palsu diragut, suri rumah didenda RM1,200
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhi hukuman denda RM1,200 ke atas seorang suri rumah yang mengaku membuat laporan polis palsu bahawa dia telah diragut oleh dua individu.
![Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718172008_TBZaynRayyan.jpg)
Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah
Bantahan dilakukan atas alasan polis cuba menggunakan akta tidak relevan di bawah Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan Akta Keterangan untuk prosiding tersebut.
![Reman ibu bapa Zayn Rayyan sambung enam hari Reman ibu bapa Zayn Rayyan sambung enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717737630_KesZaynRayyan.jpg)
Reman ibu bapa Zayn Rayyan sambung enam hari
Majistret Ainaa Muhamad Kamal mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
![Keluarga tidak pernah lantik Mahmud sebagai peguam - Datuk Zayn Rayyan Keluarga tidak pernah lantik Mahmud sebagai peguam - Datuk Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717742871_KesZaynRayyan.jpg)
Keluarga tidak pernah lantik Mahmud sebagai peguam - Datuk Zayn Rayyan
Suasana di luar mahkamah kecoh apabila ahli keluarga kepada ibu bapa Zayn Rayyan memegang kain rentang sambil melaungkan kata-kata semangat.