KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad hari ini bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Kabinet Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah walaupun sebelum bekas perdana menteri itu didakwa atas pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Madinah, 66, berkata demikian ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan kes yang dihadapi Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy atas dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.
Muhammad Shafee: Tan Sri, anda menghadiri mesyuarat Kabinet untuk memberi taklimat pada 23 Nov 2018. Anda tahu, orang yang menghadiri mesyuarat itu 'tidak begitu mesra' dengan anak guam saya seperti Lim Guan Eng, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan sebagainya.
Anak guam saya telah didakwa pada 12 Dis 2018, dua minggu selepas mesyuarat. Saya cadangkan kepada anda bahawa hasil taklimat anda kepada Kabinet PH, Kabinet memutuskan bahawa anak guam saya bersalah walaupun sebelum didakwa. Ya atau tidak?
Madinah: Boleh saya jelaskan, Yang Arif?
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan meminta saksi menjawab soalan Muhammad Shafee kerana beliau boleh menjelaskannya semasa pemeriksaan semula.
Madinah kemudian menjawab, "Yang Ariff, mengikut minit ini, ya".
Kepada soalan lain, saksi pendakwaan ke-12 itu berkata bahawa Ketua Audit Negara sebelumnya, Tan Sri Ambrin Buang keberatan berkongsi pendapatnya mengenai isu 1MDB dan memintanya membaca laporan audit rasmi yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Mac 2016 .
Madinah berkata beliau dan Ambrin sangat bimbang terhadap dakwaan berkaitan laporan audit 1MDB yang dibincangkan secara meluas di seluruh dunia tetapi "dirahsiakan" di negara ini.
Beliau merujuk kepada khabar angin yang tersebar di seluruh dunia berhubung kononnya penglibatan Najib dalam dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan 1MDB.
"Dengan laporan Ketua Audit dalam simpanan saya dan isu mengenai 1MDB yang kami maklum, kami semua dalam kerajaan perlu berhati-hati berhubung isu itu, dan kami lebih suka tidak menyebut atau bercakap mengenainya. Ia seperti satu persefahaman dalam kalangan kami untuk tidak bercakap mengenainya dan laporan audit (asal) itu berada dalam simpanan saya.
"Saya bertanya kepadanya (Ambrin) apa yang ada dalam laporan itu, sama ada beliau boleh memberitahu saya, terutamanya mengenai PM (Najib) dan penglibatannya dalam 1MDB, itulah cara saya membangkitkan perkara itu. Saya ingin mendengar daripadanya memandangkan beliau menjalankan audit 1MDB tetapi beliau keberatan dan berkata beliau tidak boleh mengesahkan dan saya membiarkannya begitu sahaja," kata Madinah.
Muhammad Shafee: Saya cadangkan kepada anda bahawa anda tidak bertindak adil dengan tidak membawa perkara itu kepada PM Najib ketika anda mengambil alih jawatan (ketua audit negara) dan pada Mac 2017, anda tidak jujur dalam membangkitkannya? Madinah menjawab: Tidak.
Muhammad Shafee: Anda tidak bersemuka dengan Najib kerana anda menyedari beliau (Najib) akan relevan dengan tempoh anda sebagai ketua audit negara, anda mendapatnya (jawatan) daripadanya, anda tidak membangkitkannya (kebimbangan terhadap audit 1MDB) untuk melindungi jawatan anda .
Madinah: Tidak.
Muhammad Shafee: Anda pergi berjumpa Dr Mahathir (PM ketika itu pada 2018) kerana anda menyedari semua orang 'digugurkan' (dikatakan disingkirkan daripada jawatan berikutan kemenangan PH pada pilihan raya 2018). Anda mahu melindungi jawatan anda dan menjadi seorang lagi "Datuk Nor Salwani Muhammad" untuk memihak kepada PM ketika itu (Dr Mahathir). Madinah menjawab: Saya tidak setuju.
Nor Salwani, yang kini Timbalan Ketua Audit Negara diarah memusnahkan salinan asal laporan audit 1MDB, bagaimanapun, secara rahsia telah menyimpan satu daripada salinan asal laporan itu, yang disediakan Jabatan Audit Negara pada 2016
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukan beliau ketika itu untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC, untuk mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya, manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, 45, didakwa bersubahat dengan Najib membuat pindaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) serta 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022

Bekas Ketua Audit Negara itu bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Kabinet PH telah memutuskan Najib bersalah walaupun sebelum didakwa. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.