Kempen politik berhemah yang cuba diterapkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau telah dicacatkan dengan penyebaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) fitnah palsu yang kononnya disebarkan oleh Pengarah PRK Parti Islam Semalaysia (PAS) DUN Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar terhadap calon Parti Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohami Lazim.
SMS fitnah yang dikatakan menggunakan nombor telefon bimbit Mahfuz tersebut bertulis “Calun BN Sg Limau tu Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya tapi jadi cikgu sementara ja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik ja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tg Malim. Ramai orang tak kenal beliau di DUN Sg limau. Fikirlah" dikatakan telah mula tersebar sejak petang semalam.
Mahfuz Omar dalam sidang media di Markas PAS DUN Sungai Limau di Bukit Besar telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau terlibat dengan penyebaran tersebut.
“Saya menerima SMS tersebut sekitar jam 12.26 pagi tadi dari kawan saya yang menghubungi saya yang meminta kepastian adakah benar saya menyebarkan SMS tersebut kerana ianya telah tersebar di media sosial dan laman blog seperti ‘flyingkick.blogspot.com’ dan ianya menggunakan nombor telefon bimbit saya,” kata Mahfuz.
Beliau berkata cubaan tersebut merupakan suatu cubaan politik yang rendah dan tidak bermoral yang cuba dilakukan oleh BN.
“Yang bertanding bukan saya dan bukannya saya calon di Sungai Limau tetapi ayatnya seolah-olah saya yang menghantar mesej tersebut dan isunya ialah mesej ni menggambarkan bahawa calon ini (Dr Sohaimi) ini pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini adalah fitnah. Wallahi Wabillahi Watallahi. Saya tidak buat mesej tersebut kepada mana-mana pihak,” katanya lagi.
Beliau berkata ini adalah perbuatan keji cuba menimbulkan provokasi bagi menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat serta menghilangkan suasana politik harmoni dan damai yang tersedia ada di DUN Sungai Limau.
“Saya hairan bagaimana nombor saya boleh dicetak rompak untuk penyebaran fitnah seumpama ini. Saya percaya mungkin selepas ini calon PAS (Mohd Azam Samat) akan menerima fitnah-fitnah seperti ini untuk memburukkan imej PAS dan imej calon PAS di sini. Saya bukanlah ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dan mencalarkan politik bermoral rendah seperti ini,” kata Mahfuz.
Mahfuz menambah beliau masih lagi belum membuat laporan polis dan akan meminta nasihat dengan peguam beliau terhadap perkara tersebut.
Aizat Sharif
Sun Oct 27 2013
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Program Jelajah Bongkar, platform rakyat nilai pemimpin negeri dipilih
Program berbentuk turun padang itu bertujuan memberi penerangan berkaitan fakta serta fitnah tentang sesuatu isu atau perkara yang berlaku.
‘Tak habis fitnah keji aib maruah saya’ - PM Anwar
Beliau yang kesal dengan tuduhan liar itu berkata terdapat isu yang sudah berlaku puluhan tahun lalu yang diungkit kembali sekali gus mendatangkan fitnah.
Dewan Ulama Pas fokus usaha perkukuh kesatuan ummah
Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-63 memfokus kepada usaha memperkukuh kesatuan ummah dengan menggariskan tiga teras utama selaras tema kali ini iaitu 'Kesatuan Asas Kekuatan.'
Pemindahan IPD Melaka Tengah ke bangunan sementara bukan dihalau
Zainol berkata dakwaan dibuat individu tidak bertanggungjawab itu adalah fitnah bertujuan mencemarkan imej PDRM dan kerajaan negeri Melaka.
Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa penggiat media sosial supaya tidak membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai institusi perkhidmatan awam hingga memberi gambaran tidak baik kepada penjawatnya.
Puteri Sarah zahir rasa syukur kes saman bekas kakak ipar Ira Kazar selesai
Puteri Sarah zahir rasa syukur selepas kes tuntutan samannya ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar dapat diselesaikan dengan cara baik.
Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama
Fahmi Fadzil akan memfailkan permohonan supaya kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan dibicara bersama.
Media barat banyak sebar maklumat palsu, fitnah isu kemanusiaan di Palestin - Ramanan
Orang ramai perlu berhati-hati dalam menerima dan menapis sebarang maklumat berkaitan krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin.
Sabah siasat dakwaan tanah hutan simpan diiklankan untuk dijual
Kerajaan Sabah akan menyiasat dakwaan terdapat kawasan hutan hujan di negeri itu diiklankan untuk dijual di laman sosial.