SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyumbangkan dua anjing pengesan (K9) kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi membanteras aktiviti penyeludupan hidupan liar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, Mohd Arif Jaafar berkata, anjing daripada baka Belgian Malinois bernama 'Van' dan 'Perry' yang diimport dari Belanda itu berusia hampir dua tahun.
Beliau berkata, anjing K9 itu telah menjalani latihan intensif dengan pelatih profesional untuk mengesan hidupan liar yang tersenarai dalam Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar seperti gading gajah, tanduk badak, sisik tenggiling, ular dan kura-kura.
"Anjing-anjing ini bukan hanya dipilih berdasarkan kemampuan pengesanan tetapi juga kesihatan dan perangai.
"Kami berharap dua anjing ini dapat membantu memperkukuh usaha membendung aktiviti penyeludupan hidupan liar ke Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Kerajaan bagi Membanteras Aktiviti Penyeludupan di KLIA, di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Perhilitan, Datuk Fakhrul Hatta Musa berkata, sumbangan itu menjadikan jumlah terkini anjing pengesan yang dimiliki Perhilitan sebanyak empat ekor.
"Kami harap anjing ini dapat perkukuh keberkesanan usaha membanteras jenayah penyeludupan hidupan liar ke negara ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada MAHB," katanya.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, pihaknya sentiasa peka dan bertindak pantas dalam memerangi aktiviti penyeludupan hidupan liar biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran demi memastikan keselamatan serta kemakmuran negara terus terpelihara.
Beliau berkata, kejayaan memerangi aktiviti penyeludupan hidupan liar di lapangan terbang, khususnya di KLIA tidak akan tercapai sekiranya tiadanya kesepaduan dan kesepakatan dalam menjalankan tugasan yang telah diamanahkan.
"Kerjasama, kesepaduan dan kesepakatan (3K) akan melahirkan sinergi ke arah pencapaian objektif yang telah ditetapkan," katanya.
Menurut Anis Rizana, antara kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam membanteras aktiviti penyeludupan hidupan liar di lapangan terbang pada tahun lepas ialah mematahkan cubaan menyeludup ular pelbagai spesies, biawak dan kura-kura jenis 'red-eared slider' dari Malaysia ke India serta menahan seorang warga India kerana cuba menyeludup keluar tiga sisik tenggiling spesies Armadillo. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
Anis Rizana (tengah) menyaksikan Mohd Arif (kanan) menyerahkan sijil bagi dua ekor anjing pengesan kepada Fakhrul Hatta di Kompleks Kastam KLIA, pada Jumaat. - Gambar Bernama
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
Perdana Menteri Jepun tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Pesawat khas yang membawa Ishiba, isterinya Yoshiko Ishiba dan delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 petang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.
Malaysia persiapkan ASEAN untuk masa depan berdaya tahan dengan tema Pengerusian 2025
Tema Kepengerusian ASEAN 2025, "Keterangkuman dan Kelestarian" mencerminkan komitmen kolektif rantau ini untuk membentuk masa depan yang saksama dan berdaya tahan.
10 Berita Pilihan - (9 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Belia 4B tawar Mohd Ridhwan calon Presiden Majlis Belia Malaysia
Gerakan Belia 4B Malaysia mencalonkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali untuk bertanding bagi jawatan Presiden dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia ke-73.
Pengambilalihan baki saham MAHB cecah 75.73 peratus
Ini menjadikan jumlah saham yang diperoleh sebanyak 75.73 peratus dengan sejumlah 1,263,575,009 saham.
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
Kepengerusan ASEAN: MAHB tingkat sistem pengurusan operasi, keselamatan lapangan terbang
MAHB akan meningkatkan kemudahan infrastruktur, sistem pengurusan operasi dan tahap keselamatan di lapangan terbang.
GDA kekal dengan tawaran RM11 sesaham bagi MAHB
GDA, konsortium yang mencadangkan penstrukturan semula kepentingan MAHB kekal dengan harga tawaran RM11 sesaham, meskipun terdapat cadangan daripada pengarah bebas untuk menolak tawaran itu.
Pemegang saham MAHB disaran terima tawaran konsortium GDA - HLIB
Hong Leong Investment Bank (HLIB), selaku penasihat bebas bagi tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), menyarankan agar pemegang saham MAHB menerima tawaran tersebut.
MAHB catat 11.2 juta pergerakan penumpang pada November, hampir paras sebelum pandemik
Pergerakan penumpang antarabangsa menyumbang 54 peratus kepada jumlah trafik, melebihi bahagian trafik sebelum pandemik sebanyak 48 peratus.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
Kos keseluruhan pembesaran LTAPP dianggar RM1.55 bilon, hampir keseluruhan dibiayai MAHB
Kos keseluruhan bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dianggarkan RM1.55 bilion dengan hampir keseluruhannya akan dibiayai melalui inisiatif pembiayaan swasta.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Firma kajian positif tawaran RM11 sesaham untuk swastakan MAHB adalah terbaik
Pelabur juga boleh mendapat manfaat daripada sumber dan visi pemberi tawaran bersama untuk pertumbuhan mampan, menjadikan cadangan itu menarik.