Malaysia Airports Holdings Berhad, MAHB hari ini memaklumkan pihaknya menerima banyak pertanyaan berkaitan bayaran RM3 yang dikenakan terhadap penumpang syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia. Namun pihak MAHB mahu syarikat AirAsia sendiri untuk mengulas tentang caj berkenaan.

"Kami telah bangkitkan isu ini kepada pihak AirAsia untuk menjawab tentang caj RM3 kerana pihak lapangan terbang tidak mengenakan 'caj RM3'," kata MAHB dalam satu kenyataan.

Sementara isu, warga Twitter juga tertanya-tanya tentang yuran RM3 yang dikenakan oleh AirAsia. Antara tweet yang diterima:




KLIA2, terminal khas terbesar di dunia bagi penerbangan kos rendah (LCC) dengan kapasiti untuk menampung hingga 45 juta penumpang setahun, memulakan operasinya pada 2 Mei.

AirAsia berkata 3,550 daripada kakitangan operasinya dan 70 pesawat (AirAsia dengan 54 pesawat Airbus A320 dan AirAsia X dengan 16 pesawat Airbus A330) akan berpangkalan di lapangan terbang baharu itu mulai hari ini.