SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan melaksanakan sistem bersepadu Kerjasama Pembuatan Keputusan Lapangan Terbang (A-CDM) bagi meningkatkan lagi kecekapan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sistem tersebut menyepadukan aspek operasi pengendalian lapangan terbang, kawalan trafik udara, syarikat penerbangan dan perkhidmatan daratan menerusi platform seragam yang membolehkan pembuatan keputusan secara kolaboratif atau kerjasama.
Pada masa sama, ia turut membolehkan kesedaran persekitaran lazim dan memaksimumkan usaha pertukaran maklumat.
Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata sistem A-CDM tersebut bertujuan menambah baik tahap standard perkhidmatan menerusi kerjasama dengan tujuh pihak berkepentingan lapangan terbang yang membolehkan keputusan dibuat berdasarkan maklumat lebih tepat serta berkualiti.
Tujuh pihak terbabit adalah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Aerodarat, Pos Aviation dan Ground Team Red.
"A-CDM ini menggunakan data masa nyata yang boleh diakses oleh semua bagi kelancaran aliran pengurusan dan membolehkan penggiat penerbangan negara meningkatkan lagi perkidmatan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak berkepentingan berkaitan yang disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak di sini, hari ini.
Iskandar Mizal berkata sistem A-CDM tersebut akan dilaksanakan apabila usaha integrasi data dan keperluan tertentu lain selesai.
"Sebelum ini ketika tempoh pra-COVID-19, tumpuan itu lebih ke atas prestasi, kecekapan dan keuntungan. Namun, sejajar dengan usaha pemulihan sektor penerbangan, sekarang adalah masa terbaik untuk semua pihak tampil bekerjasama bagi meningkatkan lagi produktiviti," katanya.
Menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebanyak 18 lapangan terbang di Asia Pasifik telah melaksanakan A-CDM manakala 23 lain masih dalam peringkat pelaksanaannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Sistem itu turut membolehkan kesedaran persekitaran lazim dan memaksimumkan usaha pertukaran maklumat. - Gambar fail
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.
Kastam rampas rokok putih bernilai hampir RM5 juta disyaki rokok seludup
Jabatan Kastam merampas 5.82 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.48 juta disyaki rokok seludup pada September dan Oktober lepas.
Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA
Seorang Pembantu Penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima ganjaran berjumlah RM900 bagi melepaskan ubatan penumpang warga Bangladesh.
Keldai dadah bawa syabu RM800,000 ditahan di KKIA
Polis merampas syabu seberat 24.5 kilogram bernilai RM800,000 selepas menahan seorang keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Pegawai, anggota Imigresen perlu amal sikap amanah, taat setia - Zakaria
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban hari ini mengingatkan pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan itu supaya sentiasa mengamalkan sikap amanah dan taat setia.