Menjadi lokasi 'bersejarah' buat pasangan berkenaan kerana di situ mereka kali pertama bertemu, mereka turut berkesempatan untuk berjumpa sahabat handai yang bersama-sama menuntut di kolej tersebut yang kini menjadi sebahagian daripada National University of Singapore (NUS).
Dr Mahathir yang dalam rangka lawatan dua hari ke Singapura dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang sebagai menghargai kepimpinan luar biasa beliau kepada Malaysia termasuk mengukuhkan hubungan Malaysia-Singapura.
Sementara, Siti Hasmah pula dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Alumni Kehormat NUS atas jasa beliau dalam memberi inspirasi kepada doktor perubatan wanita di Malaysia.
![Kolej PErubatan King Edward VII menjadi latar lokasi pertemuan pertama antara pasangan ini. - PMO](http://img.astroawani.com/2018-11/61542091215_freesize.jpg)
![Kolej Perubatan King Edward VII kini menjadi sebahagian daripada NUS. - PMO](http://img.astroawani.com/2018-11/41542091189_freesize.jpg)