Kira-kira 30 mahasiwa hadir pada acara yang petang semalam sebagai membantah hukuman terhadap UM8.
Pelajar Akademi Pengajian Islam, UM Nur Liana Abdul Latif, 21, berkata flashmob ini diadakan sebagai simbolik bagaimana pelajar UM8 ini ditahan.
"Terdapat dua flashmob berbentuk sketsa ini diadakan iaitu Flashmob 'Kebebasan Bersuara' dan 'Kebebasan Berhimpun'.
"Sketsa ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat luar supaya mereka tahu bagaimana pelajar UM8 dikenakan hukuman kerana kesalahan berhimpun dan kesalahan bersuara," kata Nur Liana.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, Sobiroh Mohd Fuzi, 22, berkata flashmob ini diadakan bagi membangkitkan momentum tunjuk perasaan.
"Kami sudah 'occupy' sejak semalam dan kami juga sudah mengadakan sidang media. Jadi seperti yang dirancang sebelum ini, kami tidak mahu duduk sahaja, sebab itu flashmob ini diadakan.
"Kami mahu menaikkan lagi semangat solidariti dengan flashmob ini," tambahnya.
Selain itu, menurut Sobiroh, mereka juga telah menyediakan beberapa sepanduk seperti "Hon!!! Tanda Sokongan #FREEUM8", "Kebebasan Akademik" di sekitar pintu masuk UM.
Kira-kira 30 mahasiwa hadir pada acara yang petang semalam sebagai membantah hukuman terhadap UM8. - Astro AWANI/Shahir Omar
Sobiroh berkata ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar kampus UM bahawa solidariti mereka adalah untuk meminta pihak pentadbiran universiti menggugurkan hukuman terhadap pelajar UM8.
Pelajar tahun dua Fakulti Sastera, Sharafi ilman, 21, berkata dia menyertai solidariti ini sebagai tanda bantahan terhadap hukuman yang dikenakaan kepada UM8.
Menurutnya, tindakan HEP UM ini adalah tidak wajar kerana menyalahi kebebasan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Seksyen 15 berhubung kebebasan penglibatan pelajar dalam politik.