Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku dalam penemuan jenazah personaliti popular, Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman yang ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Shang Ri La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, pagi tadi.
Allahyarham ditemukan tidak sedarkan diri di biliknya kira-kira jam 11 pagi oleh sepasukan anggota polis yang terdahulu menerima maklumat mengenai insiden berkenaan oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner (ACP), Habibi Majinji ketika dihubungi Astro AWANI hari ini mengesahkan kejadian dan berkata polis masih menunggu keputusan bedah siasat daripada pihak hospital bagi mengenal pasti punca sebenar kematian Allahyarham.
"Berdasarkan siasatan awal, polis menerima maklumat mengenai perkara itu oleh orang awam dan sebaik membuat pemeriksaan di bilik hotel mangsa pada jam 11 pagi tadi, mangsa difahamkan sudah meninggal dunia.
BACA: Mahadzir Lokman meninggal dunia
"Hasil siasatan juga mendapati, Allahyarham sudah berada di negeri ini sejak 31 Julai lalu dan setakat ini, kita tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam insiden berkenaan.
"Kes ini diklasifikasikan sebagai kejadian mati mengejut atau sudden death report (SDR)," katanya.
Sementara itu, tinjauan di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, pada petang tadi mendapati jenazah mangsa kini berada di bilik mayat untuk tindakan lanjut.
Sekitar jam 1.55 petang tadi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isterinya, Datin Seri Suriyani Shuib turut berkesempatan melawat jenazah Allahyarham di HQE sebelum beredar kira-kira setengah jam kemudian.
Allahyarham Mahadzir, 61 tahun, pernah dilaporkan menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur pada September lalu kerana masalah penyakit paru-paru dan buah pinggang.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur pada jam 7.40 petang ini melalui penerbangan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sejurus semua pengurusan selesai oleh ahli keluarganya.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1957 dan memulakan pendidikan di Methodist Boys' School di Kuala Lumpur, Sekolah Sultan Abdullah di Kuantan, Sabah College di Kota Kinabalu, dan Victoria Institution di Kuala Lumpur.
Allahyarham kemudian melanjutkan pelajaran beliau di Kolej Langside dan Clydebank Technical College di Glasgow, Scotland, United Kingdom.
Allahyarham ialah graduan Universiti Ohio di Athens, Ohio, Amerika Syarikat dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa.
Antara kerjaya awal Allahyarham adalah sebagai seorang penyampai berita di sebuah stesen televisyen swasta dan merupakan antara personaliti yang disegani ramai sehingga kini.
Selain itu, Allahyarham juga merupakan pengacara untuk majlis-majlis besar negara yang antara lain seperti Tilawah Quran Tahunan Antarabangsa serta majlis rasmi yang melibatkan ketua negeri dan ketua-ketua kerajaan Malaysia.
Pada tahun 2007, Allahyarham dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Allahyarham juga menerima anugerah Kesatria Setia Diraja (KSD) oleh Yang di-Pertuan Agong ke-10 iaitu Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul.
Allahyarham turut fasih berbahasa Perancis, selain bahasa Melayu dan Inggeris.
Atas usaha Allahyarham dalam mempromosikan bahasa dan kebudayaan Perancis, Mahadzir dianugerahkan 'Ordre Les Palmes Academiques " oleh Kerajaan Perancis pada tahun 2006.
Ruzaini Zulkepli
Fri Aug 03 2018
![Mahadzir Lokman ditemui mati di bilik hotel, tiada unsur jenayah - ACP Kota Kinabalu Mahadzir Lokman ditemui mati di bilik hotel, tiada unsur jenayah - ACP Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81533282313_BelasungkawaMahadzir.jpg)
Allahyarham ditemukan tidak sedarkan diri di biliknya kira-kira jam 11 pagi oleh sepasukan anggota polis yang terdahulu menerima maklumat mengenai insiden berkenaan oleh orang awam. - Foto Astro AWANI
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Set generator tambahan diguna atasi gangguan elektrik Hospital Queen Elizabeth Set generator tambahan diguna atasi gangguan elektrik Hospital Queen Elizabeth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650384781_TBhospital.jpg)
Set generator tambahan diguna atasi gangguan elektrik Hospital Queen Elizabeth
Dua set generator digunakan bagi menampung keperluan bekalan semasa gangguan elektrik di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, hari ini.
![Lelaki meninggal dunia depan restoran Lelaki meninggal dunia depan restoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631999457_meninggal.jpg)
Lelaki meninggal dunia depan restoran
Kejadian jam 8.45 pagi itu disedari pekerja restoran berkenaan selepas melihat lelaki itu rebah sebelum menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.
![Tanah Runtuh: Lima bangunan berisiko di Hospital Queen Elizabeth dikosongkan Tanah Runtuh: Lima bangunan berisiko di Hospital Queen Elizabeth dikosongkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630799619_TBKHAIRYJAMALUDDIN.jpg)
Tanah Runtuh: Lima bangunan berisiko di Hospital Queen Elizabeth dikosongkan
Lima bangunan itu terletak di Kompleks C hospital iaitu Stor Ubat dan Consumable, Wad Perubatan Kronik, Wad Rehab, Klinik Tibi dan Sleep Lab.
![Suri rumah kes indeks kluster baharu COVID-19 di Sabah Suri rumah kes indeks kluster baharu COVID-19 di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/81581600429_Covid.jpg)
Suri rumah kes indeks kluster baharu COVID-19 di Sabah
Seorang suri rumah dikesan menjadi kes indeks dalam kluster baharu yang direkodkan di Sabah pada Ahad.
![Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19 Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609767805_Jeffrey.jpg)
Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19
Timbalan Ketua Menteri Sabah II Datuk Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19.
![COVID-19: Kluster Matambai dikesan, Kluster Jeram diisytihar tamat COVID-19: Kluster Matambai dikesan, Kluster Jeram diisytihar tamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603539653_NoorHisham.jpg)
COVID-19: Kluster Matambai dikesan, Kluster Jeram diisytihar tamat
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan satu lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Matambai yang dikesan mellibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
![COVID-19 di Sabah: Tiada petugas kesihatan dikuarantin, katil mencukupi - Dr Christina COVID-19 di Sabah: Tiada petugas kesihatan dikuarantin, katil mencukupi - Dr Christina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51604041912_kenyataanmediaJKN.jpg)
COVID-19 di Sabah: Tiada petugas kesihatan dikuarantin, katil mencukupi - Dr Christina
Petugas kesihatan yang dihantar dari semenanjung hanya menjalani orientasi selama satu hari dan bukan kuarantin.
![Coretan buat Dr Tachdijan Coretan buat Dr Tachdijan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81594636852_ParapetugasKemente.jpg)
Coretan buat Dr Tachdijan
Kerahsiaan pesakit adalah menjadi keutamaan bagi profession Perubatan, dan KKM sentiasa menekankan perkara ini.
![Anak ADUN Sulabayan positif COVID-19, Jaujan dan Manis Muka negatif Anak ADUN Sulabayan positif COVID-19, Jaujan dan Manis Muka negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602389586_mashup.jpg)
Anak ADUN Sulabayan positif COVID-19, Jaujan dan Manis Muka negatif
Salah seorang anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dilaporkan positif COVID-19.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600182007_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 10 Oktober 2020.