KOTA KINABALU: Dua set generator digunakan bagi menampung keperluan bekalan semasa gangguan elektrik di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, hari ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, tindakan segera pihak hospital, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) serta syarikat konsesi adalah mendapatkan set generator tambahan bagi menyokong generator sedia ada.
Katanya, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) telah memberi bantuan dua buah set generator mudah alih dari SESB Melawa, Sepanggar.
Sementara itu, polis trafik Sabah telah membantu mengiringi kenderaan membawa dua set generator tersebut bagi melancarkan perjalanan ke HQE.
"Pada 19 April 2022, jam 11.54 pagi, berlaku gangguan bekalan elektrik melibatkan menara berkembar, klinik pakar dan blok bangunan perubatan lama di HQE.
"Pada jam 12.08 tengah hari, syarikat konsesi, Sediafiat menghubungi SESB dan pada jam 12.29 tengah hari satu 'troubleshooting' telah dilaksanakan bagi mencari punca gangguan elektrik.
"Sepanjang masa gangguan elektrik berlaku, dua set generator di HQE menampung bekalan elektrik untuk bangunan yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.
Rose Nani berkata, bagi memastikan perkhidmatan rawatan di HQE tidak terjejas, pelan kontigensi telah dilaksanakan dengan menghantar sebahagian pesakit ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), manakala kes-kes pembedahan juga dipindahkan ke HQE II.
"Pada jam 8 malam, selepas dua buah portable generator set berfungsi, semua wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) telah mendapat bekalan elektrik, kecuali dewan bedah.
"Pihak SESB dan syarikat konsesi masih bekerja keras membaiki kabel yang tidak berfungsi," katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pihak HQE dan JKNS akan memastikan semua pesakit HQE sentiasa dalam keadaan selamat.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Apr 19 2022

HQE dan JKNS akan memastikan semua pesakit HQE sentiasa dalam keadaan selamat.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Set generator tambahan diguna atasi gangguan elektrik Hospital Queen Elizabeth
Dua set generator digunakan bagi menampung keperluan bekalan semasa gangguan elektrik di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, hari ini.

Lelaki meninggal dunia depan restoran
Kejadian jam 8.45 pagi itu disedari pekerja restoran berkenaan selepas melihat lelaki itu rebah sebelum menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Tanah Runtuh: Lima bangunan berisiko di Hospital Queen Elizabeth dikosongkan
Lima bangunan itu terletak di Kompleks C hospital iaitu Stor Ubat dan Consumable, Wad Perubatan Kronik, Wad Rehab, Klinik Tibi dan Sleep Lab.

Suri rumah kes indeks kluster baharu COVID-19 di Sabah
Seorang suri rumah dikesan menjadi kes indeks dalam kluster baharu yang direkodkan di Sabah pada Ahad.

Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19
Timbalan Ketua Menteri Sabah II Datuk Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Kluster Matambai dikesan, Kluster Jeram diisytihar tamat
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan satu lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Matambai yang dikesan mellibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.

COVID-19 di Sabah: Tiada petugas kesihatan dikuarantin, katil mencukupi - Dr Christina
Petugas kesihatan yang dihantar dari semenanjung hanya menjalani orientasi selama satu hari dan bukan kuarantin.

Coretan buat Dr Tachdijan
Kerahsiaan pesakit adalah menjadi keutamaan bagi profession Perubatan, dan KKM sentiasa menekankan perkara ini.

Anak ADUN Sulabayan positif COVID-19, Jaujan dan Manis Muka negatif
Salah seorang anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dilaporkan positif COVID-19.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 10 Oktober 2020.