SERDANG: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada Sept ini menyasarkan memperoleh kira-kira RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman serta RM40 juta nilai jualan langsung.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata itu petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan untuk MAHA 2024 yang kini menyambut ulang tahun ke-100 penganjuran sejak kali pertama dianjurkan pada 1923.
"Menelusuri sejarah 100 tahun penganjuran, menunjukkan betapa pentingnya pameran ini dalam perkembangan sektor pertanian negara.
"MAHA memainkan peranan penting dalam memajukan teknologi pertanian, memperkenalkan inovasi, dan menggalakkan kerjasama antara pelbagai pihak dalam industri pertanian khususnya bagi melestarikan keterjaminan makanan negara," katanya pada majlis pelancaran MAHA 2024 bertemakan 'Menuai Harapan Membina Masa Hadapan' di sini hari ini.
Menerusi MAHA 2024, Mohamad berkata pihaknya berhasrat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai teknologi pertanian moden dalam kalangan petani serta pengusaha tempatan.
"Melalui pameran ini, pengunjung dan pihak yang berkepentingan akan dapat merasai pengalaman secara langsung untuk aplikasi inovasi seperti pertanian pintar, penggunaan data raya dan automasi boleh diaplikasikan dalam operasi harian mereka," katanya.
Beliau berkata MAHA 2024 perlu menjadi platform untuk mempromosikan produk pertanian tempatan ke pasaran antarabangsa kerana disasarkan bilangan pempamer kali ini melebihi 2,000 syarikat.
"Penganjuran MAHA 2024 juga perlu menekankan fokus untuk menggalakkan amalan pertanian lestari yang dapat memelihara alam sekitar dan memastikan kelestarian sumber pertanian," katanya.
Sementara itu, Mohamad berkata MAHA 2024 turut akan memberi penekanan kepada Internet benda (IoT) dalam pertanian, perikanan, penternakan dan perladangan.
"MAHA 2024 akan turut melaksanakan beberapa pendekatan baharu yang lebih bersifat interaktif dan selari dengan minat generasi pada masa kini," katanya.
MAHA 2024 bakal berlangsung di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada 11 hingga 22 Sept ini dengan menyasarkan kehadiran tiga juta pengunjung.
Sebelum ini, MAHA 2022 merekodkan kehadiran lebih satu juta pengunjung dengan 33 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bernilai RM5.64 bilion ditandatangani.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
Mohamad menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini. -Bernama
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
MAHA 2024 sasar RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman - Mohamad
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada Sept ini menyasarkan memperoleh kira-kira RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman serta RM40 juta nilai jualan langsung.
PM gesa MAFI kembalikan jihad perangi orang tengah
Kerajaan kekal komited dalam mengurus isu kekurangan bekalan makanan biarpun berdepan dengan pelbagai kekangan.
MAHA 2022: MARDI pamer aplikasi teknologi pengeluaran sayuran komersial
Antaranya, teknologi kilang tanaman untuk pengeluaran sayuran bernilai tinggi sepanjang tahun yang dibangunkan melalui R&D MARDI.
MAHA 2022: Bekalan beras percuma setahun menanti pengunjung Bernas
Pengunjung hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dan meneka berat satu replika beras yang terletak di ruang pameran itu untuk memenangi hadiah berkenaan.
MoU bernilai lebih RM4 bilion bakal ditandatangani sepanjang MAHA 2022
Beberapa memorandum persefahaman (MOU) melibatkan nilai pelaburan lebih RM4 bilion akan ditandatangani sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
MAHA 2022 platform pamer teknologi terkini bidang pertanian, makanan negara
Antara teknologi yang bakal dipamerkan pada MAHA 2022 dengan bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' itu termasuk 'foodscaping' melibatkan gabungan tanaman boleh dimakan dan herba.
Maha 2022 di Selangor dijangka terima sambutan menggalakkan
Pengunjung mungkin teruja untuk ke ekspo itu memandangkan sudah empat tahun ia tidak diadakan.
Suri rumah hasilkan dua tan ikan pekasam penuhi permintaan pelanggan
Bermula dengan kecil-kecilan sekadar memenuhi permintaan kawan-kawan, perusahaannya semakin berkembang selepas menyertai pameran MAHA.
26 MOU dengan nilai RM2.5 bilion ditandatangani pada MAHA 2018
Pameran Antarabangsa Hotikultur Dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 melabuhkan tirai hari ini dengan pencapaian 26 Memorandum Persefahaman yang ditandatangani dengan nilai RM2.8 bilion.