JOHOR BAHRU: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 pada Ogos ini yang akan diadakan secara hibrid bakal menjadi platform untuk mempamerkan perkembangan teknologi terkini dalam bidang pertanian dan makanan negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata program pada 4 hingga 14 Ogos di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Selangor itu juga bakal menampilkan 22 segmen meliputi seluruh ekosistem berkaitan rantaian nilai agromakanan.
"MAHA 2022 akan mempamerkan beberapa tarikan baharu iaitu teknologi dan segmen menarik termasuk pertanian, perikanan, ternakan, florikultur, agrotourism, berasaskan tani dan agrokulinari supaya dapat menarik lebih ramai golongan muda.
"Kita telah membuat pelbagai persediaan dengan menjangkakan seramai 100,000 pengunjung sehari akan datang ke program yang akan diadakan selama 11 hari itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Road To MAHA 2022 Zon Selatan, di sini, pada Sabtu.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip dan Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Datuk Sahruddin Jamal.
Ahmad berkata antara teknologi yang bakal dipamerkan pada MAHA 2022 dengan bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' itu termasuk 'foodscaping' melibatkan gabungan tanaman boleh dimakan dan herba.
"Walaupun jumlah pengunjung yang disasarkan dalam MAHA 2022 ini kurang berbanding MAHA 2018, iaitu seramai 1.1 juta pengunjung berbanding 3.3 juta pengunjung, namun sasaran jualan adalah lebih tinggi iaitu RM250 juta berbanding RM215 juta," katanya.
Beliau berkata terdapat 13 pavilion yang akan menampilkan ciri-ciri keunikan negeri-negeri di Malaysia dan sekurang-kurangnya 1,500 ruang pameran serta jualan akan disediakan pada MAHA 2022 itu.
Sementara itu, Sahruddin dalam ucapannya berkata Road To MAHA 2022 Zon Selatan bermula semalam hingga esok, menyediakan 14 reruai usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
"Setiap produk jualan merupakan hasil pengusahaan para peladang sendiri. Semoga program ini dapat mengukuhkan pasaran domestik, sekali gus memperkasakan pengeluar dan usahawan agromakanan mikro, kecil dan sederhana yang mendominasi industri untuk terus berdaya saing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
MAHA 2022 pada Ogos ini bakal menjadi platform untuk mempamerkan perkembangan teknologi terkini dalam bidang pertanian dan makanan negara.
AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tiada bukti telefon bimbit sebabkan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.
Jepun pertimbang bantuan perubatan, pendidikan untuk warga Palestin
Perdana Menteri Jepun berkata kerajaan mempertimbang untuk menawarkan bantuan perubatan dan pendidikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat perang.
BN tidak pernah bincang untuk singkirkan MCA - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) tidak pernah melakukan perbincangan untuk menyingkirkan MCA sebagai parti komponennya.
Majikan, enam etnik Rohingya hadapi pertuduhan bunuh
Seorang majikan warga tempatan serta enam etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan membunuh dan tanam rakan sekerja di dalam kolah pada 28 Januari lalu.
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman kes salah guna kuasa
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman lima hari selepas disyaki terlibat kes rasuah tahun lalu.
Peniaga didakwa lakukan ugutan jenayah, lepaskan tembakan
Seorang peniaga didakwa atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap lima remaja dan melepaskan tembakan di tempat yang tidak dibenarkan
PM jelaskan 85 peratus rakyat tidak terkesan kenaikan tarif elektrik
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan mulai Julai ini hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat negara ini.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: 85% tidak terkesan kenaikan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serpihan pesawat American Airlines dibawa keluar dari Sungai Potomac
Sebahagian besar serpihan badan pesawat American Eagle yang terhempas selepas perlanggaran udara dengan helikopter Black Hawk di Washington, DC berjaya dikeluarkan dari Sungai Potomac.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
MAHA 2024 sasar RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman - Mohamad
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada Sept ini menyasarkan memperoleh kira-kira RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman serta RM40 juta nilai jualan langsung.
PM gesa MAFI kembalikan jihad perangi orang tengah
Kerajaan kekal komited dalam mengurus isu kekurangan bekalan makanan biarpun berdepan dengan pelbagai kekangan.
MAHA 2022: MARDI pamer aplikasi teknologi pengeluaran sayuran komersial
Antaranya, teknologi kilang tanaman untuk pengeluaran sayuran bernilai tinggi sepanjang tahun yang dibangunkan melalui R&D MARDI.
MAHA 2022: Bekalan beras percuma setahun menanti pengunjung Bernas
Pengunjung hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dan meneka berat satu replika beras yang terletak di ruang pameran itu untuk memenangi hadiah berkenaan.
MoU bernilai lebih RM4 bilion bakal ditandatangani sepanjang MAHA 2022
Beberapa memorandum persefahaman (MOU) melibatkan nilai pelaburan lebih RM4 bilion akan ditandatangani sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
MAHA 2022 platform pamer teknologi terkini bidang pertanian, makanan negara
Antara teknologi yang bakal dipamerkan pada MAHA 2022 dengan bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' itu termasuk 'foodscaping' melibatkan gabungan tanaman boleh dimakan dan herba.
Maha 2022 di Selangor dijangka terima sambutan menggalakkan
Pengunjung mungkin teruja untuk ke ekspo itu memandangkan sudah empat tahun ia tidak diadakan.
Suri rumah hasilkan dua tan ikan pekasam penuhi permintaan pelanggan
Bermula dengan kecil-kecilan sekadar memenuhi permintaan kawan-kawan, perusahaannya semakin berkembang selepas menyertai pameran MAHA.
26 MOU dengan nilai RM2.5 bilion ditandatangani pada MAHA 2018
Pameran Antarabangsa Hotikultur Dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 melabuhkan tirai hari ini dengan pencapaian 26 Memorandum Persefahaman yang ditandatangani dengan nilai RM2.8 bilion.