KUALA LUMPUR: Laman Agro-Food Sayuran dan Herba di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 menekankan konsep pengeluaran sayur-sayuran komersial dan pertanian bandar berdasarkan aplikasi teknologi yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI Dr Zulhazmi Sayuti berkata antaranya teknologi kilang tanaman untuk pengeluaran sayuran bernilai tinggi sepanjang tahun yang dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan (RD) MARDI dipamerkan sempena MAHA 2022 itu.
"Teknologi ini merupakan sistem pengeluaran sayuran dalam struktur tertutup dan terkawal, tanpa terkesan dengan perubahan cuaca yang boleh menggugat hasil, kualiti serta serangan perosak dan penyakit yang berupaya meningkatkan hasil empat hingga 10 kali ganda per unit ruang berbanding kaedah penanaman konvensional," katanya kepada Bernama.
MARDI pada MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang yang bermula hari ini hingga 14 Ogos itu turut mempamerkan sistem penanaman pengairan sendiri bertingkat terutama bagi tanaman berdaun seperti sayur-sayuran bernilai tinggi.
Beliau berkata sistem itu dapat meningkatkan hasil pengeluaran empat hingga enam kali ganda per unit ruang berbanding tanaman secara konvensional selain menjimatkan baja dan input pertanian hingga 25 peratus berbanding kaedah hidroponik.
MAHA-SAYUR 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Selain itu, beliau berkata pengunjung turut berpeluang melihat teknologi bekas pengairan sendiri (SWC) yang merupakan sistem pasu tanaman yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu simpanan air, kapilari dan tanaman bagi memenuhi keperluan pertanian bandar serta mengurangkan kekerapan untuk menyiram dan mengawal saiz pokok.
Menurut Zulhazmi, MARDI telah menghasilkan pakej teknologi pengeluaran kubis bulat tanah rendah pada 2018 dan teknologi pengeluaran kubis bunga tanah rendah pada 2020 dalam usaha mengurangkan kebergantungan import tinggi bagi kubis bulat.
"Kesemua teknologi ini dan banyak lagi teknologi MARDI berkaitan sayur-sayuran ada dipamerkan di Laman Sayur MAHA 2022 dalam pelbagai bentuk. Contohnya, teknologi kilang tanaman dengan aplikasi lampu diod pancaran cahaya hasil inovasi MARDI dipamerkan dalam Laman Edibel.
"Teknologi pengeluaran bawang dipamerkan dalam bentuk GreenKit iaitu satu inovasi MARDI untuk perkebunan sendiri. Terdapat juga Laman Doktor Pokok untuk mempamerkan teknologi pengurusan perosak dan penyakit sayur-sayuran di samping berfungsi sebagai klinik tanaman," katanya.
Sementara itu, beliau berkata semua rantaian nilai daripada pengeluar biji benih seperti East West Seed dan Crop Power Sdn Bhd, penghasilan varieti baharu oleh MARDI (Tomato MAHA 18, Cili L5), pemindahan teknologi kepada golongan sasar dalam pertanian bandar (Maybank Urban Farming) turut dipamerkan di Laman Sayuran dan Herba.
Laman Sayuran dan Herba adalah satu daripada lapan laman pertanian iaitu Laman Perikanan, Laman Ternakan, Laman Padi, Laman Buah-Buahan, Laman Nanas, Laman Jentera dan Laman Florikultur yang akan mewarnai MAHA 2022 bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan'.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
![MAHA 2022: MARDI pamer aplikasi teknologi pengeluaran sayuran komersial MAHA 2022: MARDI pamer aplikasi teknologi pengeluaran sayuran komersial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659584879_DatukSeriDrRonal.jpg)
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (tiga, kanan) melawat ruang pameran pada Pelancaran Pavilion Agrotech MAHA 2022 di Lobi Wisma Tani, Putrajaya, 29 Julai 2022. - Gambar fail/BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726274934_Taveekun.jpg)
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
![MAHA 2024 sasar RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman - Mohamad MAHA 2024 sasar RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717997779_MohamadSabu.jpg)
MAHA 2024 sasar RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman - Mohamad
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada Sept ini menyasarkan memperoleh kira-kira RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman serta RM40 juta nilai jualan langsung.
![PM gesa MAFI kembalikan jihad perangi orang tengah PM gesa MAFI kembalikan jihad perangi orang tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659759769_AgroPelanconganMal.jpg)
PM gesa MAFI kembalikan jihad perangi orang tengah
Kerajaan kekal komited dalam mengurus isu kekurangan bekalan makanan biarpun berdepan dengan pelbagai kekangan.
![MAHA 2022: MARDI pamer aplikasi teknologi pengeluaran sayuran komersial MAHA 2022: MARDI pamer aplikasi teknologi pengeluaran sayuran komersial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659584879_DatukSeriDrRonal.jpg)
MAHA 2022: MARDI pamer aplikasi teknologi pengeluaran sayuran komersial
Antaranya, teknologi kilang tanaman untuk pengeluaran sayuran bernilai tinggi sepanjang tahun yang dibangunkan melalui R&D MARDI.
![MAHA 2022: Bekalan beras percuma setahun menanti pengunjung Bernas MAHA 2022: Bekalan beras percuma setahun menanti pengunjung Bernas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659493822_BENRASMAHA.jpg)
MAHA 2022: Bekalan beras percuma setahun menanti pengunjung Bernas
Pengunjung hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dan meneka berat satu replika beras yang terletak di ruang pameran itu untuk memenangi hadiah berkenaan.
![MoU bernilai lebih RM4 bilion bakal ditandatangani sepanjang MAHA 2022 MoU bernilai lebih RM4 bilion bakal ditandatangani sepanjang MAHA 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659416877_RonaldKiandee.jpg)
MoU bernilai lebih RM4 bilion bakal ditandatangani sepanjang MAHA 2022
Beberapa memorandum persefahaman (MOU) melibatkan nilai pelaburan lebih RM4 bilion akan ditandatangani sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
![MAHA 2022 platform pamer teknologi terkini bidang pertanian, makanan negara MAHA 2022 platform pamer teknologi terkini bidang pertanian, makanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658612066_MAHA.jpg)
MAHA 2022 platform pamer teknologi terkini bidang pertanian, makanan negara
Antara teknologi yang bakal dipamerkan pada MAHA 2022 dengan bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' itu termasuk 'foodscaping' melibatkan gabungan tanaman boleh dimakan dan herba.
![Maha 2022 di Selangor dijangka terima sambutan menggalakkan Maha 2022 di Selangor dijangka terima sambutan menggalakkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654779965_TBmaha.jpg)
Maha 2022 di Selangor dijangka terima sambutan menggalakkan
Pengunjung mungkin teruja untuk ke ekspo itu memandangkan sudah empat tahun ia tidak diadakan.
![Suri rumah hasilkan dua tan ikan pekasam penuhi permintaan pelanggan Suri rumah hasilkan dua tan ikan pekasam penuhi permintaan pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642398238_TBpekasam.jpg)
Suri rumah hasilkan dua tan ikan pekasam penuhi permintaan pelanggan
Bermula dengan kecil-kecilan sekadar memenuhi permintaan kawan-kawan, perusahaannya semakin berkembang selepas menyertai pameran MAHA.
![26 MOU dengan nilai RM2.5 bilion ditandatangani pada MAHA 2018 26 MOU dengan nilai RM2.5 bilion ditandatangani pada MAHA 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61543748225_WanAzizah.jpg)
26 MOU dengan nilai RM2.5 bilion ditandatangani pada MAHA 2018
Pameran Antarabangsa Hotikultur Dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 melabuhkan tirai hari ini dengan pencapaian 26 Memorandum Persefahaman yang ditandatangani dengan nilai RM2.8 bilion.