Seorang lelaki yang diberi jolokan ‘MacGyver’ kerana aktif melakukan kegiatan pecah masuk premis secara solo di sekitar daerah ini akhirnya tumpas apabila ditahan polis malam tadi.
Suspek berusia 27 tahun yang juga penganggur itu ditahan pukul 12 tengah malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di kawasan Kampung Paya Nongmi, Changlun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, hasil siasatan mendapati, suspek disyaki terbabit memecah masuk empat stesen minyak di Napoh, Jalan Kodiang, Kodiang dan Kepala Batas.
Beliau berkata, selain itu suspek turut melakukan kegiatan sama di sebuah poliklinik dan dua premis perniagaan di daerah ini.
“Hasil soal siasat yang dijalankan kita telah bejaya menyelesaikan tujuh kes bersangkutan kes pecah kedai dan juga bangunan dalam daerah Kubang Pasu.
“Ini satu kejayaan bagi IPD Kubang Pasu kerana suspek ini ialah individu yang buat kerja seorang (diri), dia bukan (anggota) sindiket. Hasil soal siasat, dia mengaku telibat dengan tujuh kes,” kata Mohd Ismail ketika ditemui pada Khamis.
Sebelum itu, Mohd Ismail bersama pegawai dan anggotanya serta Pengerusi Yayasan Cegah Jenayah Daerah Kubang Pasu, Yusof Ariffin mengedarkan 800 jalur gemilang kepada pengguna lalu lintas di hadapan IPD Kubang Pasu.
Sementara itu, Mohd Ismail berkata, suspek yang sama turut dikaitkan dalam kejadian pecah masuk sebuah stesen minyak di Napoh pada 20 Ogos lalu.
Mohd Ismail berkata, pengadu yang membuat pemeriksaan mendapati wang RM200 di kaunter stesen minyak berkenaan dan wang tunai RM1,000 yang diletakkan dalam almari hilang.
Selain itu, dua kotak rokok dan satu kotak pemetik api di premis itu turut lesap.
Suspek berjaya dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit.
Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia bebas mengambil dadah dan mempunyai dua rekod jenayah sebelum ini.
Katanya, suspek direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Aug 27 2020
Mohd Ismail Ibrahim memasang Jalur Gemilang di sebuah kereta orang awam di Kubang Pasu pada Khamis.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Remaja 14 tahun menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang ditahan
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan polis kerana dipercayai menyamar sebagai pegawai perubatan dan memasuki bilik bedah hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Khamis.
Che'gu Bard ditahan polis
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad.
Lelaki rempuh pintu pagar Istana Buckingham ditahan polis
Seorang lelaki telah ditahan selepas merempuh pintu pagar Istana Buckingham di tengah London dengan kereta dipandunya.
Chegu Bard ditahan malam Khamis?
Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard ditahan polis pada Khamis.
Pemandu teksi maut dipercayai ditikam penumpang
Seorang pemandu teksi ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di dalam keretanya berhampiran sebuah klinik kesihatan di Kampung Seberang Takir, di sini, pada Jumaat.
Ceroboh masuk bilik hotel isteri orang, bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan
Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang pernah menggegarkan dunia sukan tanah air ditahan polis kerana dipercayai menceroboh masuk bilik hotel seorang wanita berstatus isteri orang.
Serangan seksual dalam bilik mandi: Dani Alves ditahan polis Barcelona
Dani Alves ditahan pihak polis malam tadi atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita dalam bilik mandi sebuah kelab malam.
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh
KBS kesal bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan miliki dadah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kesal dengan kejadian bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan kerana disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine pada Sabtu lepas.
Teman lelaki wanita disyaki hina Islam ditahan
Teman lelaki kepada wanita yang disyaki menghina Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam.