Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof berkata, pelajar tingkatan dua itu ditahan di lobi hospital itu kira-kira pukul 9 pagi ketika cuba mendaftar di kaunter dengan menggunakan identiti palsu.
"Polis turut merampas sehelai baju dan seluar scrub selain lanyard hak milik hospital berkenaan," katanya dalam kenyatan di sini, pada Khamis.
Wan Kamarul berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada kakitangan hospital kira-kira pukul 1 tengah hari Rabu.
"Laporan itu mengatakan keberadaan seorang remaja perempuan yang mengaku sebagai pegawai perubatan dan mahu membantu menjalankan pembedahan.
"Keesokkan harinya, sebaik sahaja pihak hospital menyedari kehadiran remaja itu di kaunter pendaftaran kira-kira pukul 8.30 pagi, mereka terus menghubungi polis," ujarnya.
Wab Kamarul meberitahu, polis membuka kertas mengikut Seksyen 488 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak benar berhubung kes itu