DANI ALVES ditahan pihak polis malam tadi atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita dalam bilik mandi sebuah kelab malam.

Bekas bek kanan Barcelona dan Brazil itu memberikan keterangannya kepada pasukan polis Mossos d'Esquadra sebelum pihak pendakwa raya memohon untuk dia ditahan tanpa boleh dijamin.

Agensi berita Sepanyol, EFE, melaporkan bahawa permohonan itu, termasuk pendakwaan peribadi daripada mangsa, akan diserahkan kepada hakim penyiasatan untuk menentukan sama ada Alves akan ditahan di penjara sepanjang siasatan itu dijalankan atau tidak.

Alves, 39, turut pernah mewakili Paris Saint-Germain (PSG) dan Sevilla, sebelum kembali ke pangkuan Barcelona musim lalu. Dia kemudian menyertai kelab Mexico, Pumas UNAM.

Insiden yang sedang dalam siasatan itu dilaporkan berlaku pada malam 30 Disember lalu.


Dalam satu video yang dikeluarkan penyiar Sepanyol, Antena 3, awal bulan ini, Alves menafikan bahawa dia menyerang wanita berkenaan.  - Stadium Astro