KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Maal Hijrah 1446H esok, sebuah acara perhimpunan istimewa dipanggil Malam Ehsan Untuk Insan dianjurkan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Dataran Karnival, perkarangan Stadium Shah Alam.
Menerusi keterangan pihak penganjur, acara bertemakan Gaza Bangkit yang turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Selangor itu dijangka bakal dibanjiri lebih 60,000 umat Islam bermula dari jam 6 petang hingga ke tengah malam.
Menyemarakkan lagi kecintaan kepada Baginda Rasulullah SAW termasuk kemelut yang masih berterusan di Gaza, Palestin, pelbagai aturcara pengisian kerohanian dirancang termasuk ceramah pendakwah nusantara, Abdul Somad Batubara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Sani Araby Al-Kahery, acara dengan kemasukan percuma itu disifatkan sebagai wadah untuk mengenang peristiwa penting dalam kalendar Islam.
“Tentunya juga acara ini sebagai tanda solidariti berterusan kita buat masyarakat di Palestin.
“Tuntas acara juga sebagai kesatuan hati dan juga kebersamaan Ummah dalam mendepani pelbagai mehnah yakni ujian dan cabaran Allah untuk manusia.
“Ehsan di zaman ini sangat diperlukan oleh setiap Insan. Kasih sayang yang diajarkan Baginda Rasulullah SAW terbaik dijadikan panduan sepanjang zaman untuk kita hidup santun dan diredhai,” kata Sani Araby.
Tambah Sani Araby lagi, orang ramai yang bakal hadir digalakkan memakai pakaian bertemakan #GazaBangkit.
“Kemasukan percuma. Jika boleh bawalah tikar dan payung untuk keselesaan selain sempurnakan solat sebelum majlis.
“Justeru ini juga adalah panggilan khas untuk semua pencinta keamanan dan Palestina untuk hadir beramai-ramai bagi menzahirkan sokongan dan bulatkan tekad perjuangan kita dari kejauhan.
“Marilah kita bersama berhimpun memeriahkan acara sambutan Maal Hijrah ini dengan pengisian ‘Recharge Hati, sekali gus mendengar tausiyah bermakna sebagai tanda solidariti bersama untuk saudara kita di sana,” katanya.
Tambah Sani Araby, program ini juga akan disemarakkan dengan pelbagai aktiviti termasuk berselawat bersama kumpulan qasidah terkenal, Angham Anisah dan bacaan doa akhir tahun 1445 Hijrah dan doa awal tahun 1446 Hijrah.
Program ini juga diharap dapat memupuk rasa kesatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Untuk rekod, Kerajaan memilih Al-Falah Pemacu Malaysia Madani sebagai tema sambutan Maal Hijrah kali ini.
Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.
Faida Rahim
Sat Jul 06 2024
![Maal Hijrah: Lebih 60,000 umat Islam dijangka sertai Malam Ehsan Untuk Ihsan Maal Hijrah: Lebih 60,000 umat Islam dijangka sertai Malam Ehsan Untuk Ihsan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720272557_MAPIMSaniAraby.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Sani Araby Al - Kahery, acara dengan kemasukan percuma itu disifatkan sebagai wadah untuk mengenang peristiwa penting dalam kalendar Islam. - MAPIM
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Ketua Liga Arab tegas ingatkan "Gaza bukan untuk dijual"
Setiausaha Agung Liga Arab menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual''.
![Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739488186_AliffRakib.jpg)
Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong
Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 bakal menampilkan juara kategori catchweight pada aksi One Championship Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sebagai tetamu jemputan di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini eso
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739487963_AsmatKamaludin.jpg)
Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.
![Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730862909_JaafarSidek.jpg)
Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.
![Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729847709_TBFahmi.jpg)
Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov
Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat bersetuju untuk mengadakan majlis Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani pada 22 hingga 24 November depan.
![[KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan [KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710478635_PenjawatAwam.jpg)
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan
Kejayaan perlaksanaan belanjawan ini terletak pada keupayaan dan kesiapsiagaan penjawat awam yang bertanggungjawab melaksanakannya tahun depan.
![Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726471379_TBAbangJo.jpg)
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.
![Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726195632_HariMalaysiaKemK.jpg)
Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 6 petang pada 16 September ini.
![Hari Kebangsaan 2024: PM harap semangat jiwa merdeka, perpaduan kekal berpanjangan Hari Kebangsaan 2024: PM harap semangat jiwa merdeka, perpaduan kekal berpanjangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51725104443_TBANWARMERDEKA.jpg)
Hari Kebangsaan 2024: PM harap semangat jiwa merdeka, perpaduan kekal berpanjangan
Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat yang ditonjol oleh rakyat itu mampu memacu usaha mengangkat darjat dan martabat negara ke tahap lebih hebat.
![Mah Sing pecah tanah projek Residensi Suria Madani, lancar M Aspira Mah Sing pecah tanah projek Residensi Suria Madani, lancar M Aspira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71725017013_MahSingResidensi.jpg)
Mah Sing pecah tanah projek Residensi Suria Madani, lancar M Aspira
Bermatlamat menawarkan perumahan mampu milik, persekitaran harmoni yang menjelmakan konsep keterangkuman, kemakmuran dan perpaduan.
![KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719606832_KPKT.jpg)
KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam
SSPA menyuntik semangat warga kementerian untuk terus berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyantuni rakyat.
![Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722914566_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar
Kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan diumumkan secara kaedah kasar terlebih dahulu dalam masa terdekat.
![PENA lancar projek penerbitan buku sastera, sasar 100 judul tahun ini PENA lancar projek penerbitan buku sastera, sasar 100 judul tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722425390_TBPENA.jpg)
PENA lancar projek penerbitan buku sastera, sasar 100 judul tahun ini
PENA membuka peluang kepada penulis tempatan untuk menerbitkan karya sastera melalui projek Penerbitan Buku PENA-MALAYSIA MADANI.