KUALA LUMPUR: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia sentiasa menjalankan pemeriksaan berkala sepanjang kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) beroperasi di Malaysia.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pemeriksaan itu mendapati Lynas telah mematuhi semua syarat lesen yang ditetapkan kepadanya.
“Sehubungan itu, AELB telah melanjutkan lesen Lynas sehingga kini. Pembangunan PDF (tapak pelupusan kekal) Lynas akan dilaksanakan selewat-lewatnya bulan Mac 2022.
“Pada masa kini Lynas sedang mendapatkan kelulusan bagi laporan EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar) dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memulakan PDF tersebut.
“AELB telah meluluskan dalam laporan radiological impact assesment pada 29 oktober 2021 setelah menilai kesan operasi pembungkusan residu Lynas kepada orang awam dan alam sekitar,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Tambah beliau, Lynas juga telah diarahkan untuk memindahkan kemudahan ‘cracking and leaching’ ke luar negara selewat-lewatnya pada Julai 2023.
Tegasnya, selepas tempoh itu, Lynas tidak lagi dibenarkan untuk mengimport bahan mentah yang mempunyai kandungan radioaktif ke Malaysia bagi operasi kilangnya di negara ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berkaitan Lynas yang dibangkitkan Azrina Surip (PH - Merbok).
Terdahulu, Fuziah Salleh (PH - Kuantan) juga membangkitkan isu sama dan mendakwa Lynas tidak pernah membayar cukai, mengambil semua bahan mentah dari Australia dan mengeksport ke luar negara.
Ridauddin Daud
Wed Dec 01 2021

Fuziah mendakwa Lynas tidak pernah membayar cukai, mengambil semua bahan mentah dari Australia dan mengeksport ke luar negara. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lynas tarik balik 2 permohonan semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini menarik balik dua permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan berhubung syarat lesen operasinya.

Lynas Australia umum tutup operasi di Malaysia
Lynas Australia merancang untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali kilang pemprosesan karbonat campuran nadir bumi pada suku Disember tahun ini susulan kejatuhan saham syarikat tersebut.

MOSTI nilai tahap keselamatan projek rintis REE di Perak
MOSTI akan menilai tahap keselamatan projek rintis perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Perak dengan memeriksa teknologi dan teknik yang digunakan.

Lynas dapat kebenaran semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) untuk memulakan dua prosiding semakan kehakiman terhadap kerajaan.

Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak
Rayuan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) ditolak, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

MoU pelaburan syarikat berkaitan teknologi dijangka dimeterai ketika lawatan PM ke China
Chang berharap dapat bertemu dengan rakan sejawatnya di China untuk membincangkan aspek berkaitan sains, teknologi dan inovasi.

Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.

MOSTI dalam proses pertimbang rayuan Lynas
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima surat rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk menggugurkan syarat lesen operasinya di Malaysia.

"Kalau bahaya, mana buktinya?" - Pekerja Lynas, penduduk rayu kerajaan benarkan terus beroperasi
Ratusan pekerjan melakukan demonstrasi aman, meluahkan kebimbangan dengan nasib mereka dan berharap kerajaan mendengar rintihan mereka yang kini buntu memikirkan masa depan.

Lynas nafi tahap radioaktif tinggi dalam air bawah tanah berdekatan loji
Lynas Malaysia menafikan terdapat tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah berdekatan lojinya di Gebeng, Kuantan.