KUALA LUMPUR: Lynas Malaysia menafikan terdapat tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah berdekatan lojinya di Gebeng, Kuantan.
Pengurus Besar Keselamatan Radiasi Lynas Malaysia Ismail Bahairi dalam kenyataan berkata berdasarkan laporan Penilaian Impak Radiologi (RIA) bagi fasiliti pelupusan kekal, tiada perbezaan signifikan kepekatan radionuklida dalam air bawah tanah atau ikan berdekatan loji itu, sepanjang 10 tahun syarikat tersebut beroperasi.
"Ini adalah berdasarkan bukti saintifik daripada data pemantauan yang direkodkan sebelum Lynas Malaysia memulakan operasi di Gebeng dan 55 pusingan pemantauan bebas dalam sembilan tahun Lynas Malaysia beroperasi," katanya.
BACA: Lynas tidak dibenar hasilkan sisa radioaktif tambahan selepas Julai
Kenyataan itu adalah susulan laporan media tempatan mengenai kehadiran radionuklida berdekatan loji Lynas Malaysia di Gebeng yang disifatkan syarikat itu sebagai berat sebelah dan mengelirukan.
"Menyatakan bahawa Lynas telah menemukan tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah adalah tidak benar. Seperti dinyatakan oleh laporan RIA, kepekatan radionuklida bagi air bawah tanah masih dalam garis panduan air minum Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Dunia," kata Ismail.
Katanya laporan RIA itu adalah sebahagian daripada laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang dilakukan oleh pakar termasuk Sahabat Alam Malaysia dan dipaparkan kepada orang awam selama lebih kurang setahun bagi membolehkan mereka memberi pandangan.
Laporan EIA itu turut mengandungi maklum balas daripada pakar tempatan dan antarabangsa dan ia diperakui oleh Jabatan Alam Sekitar, katanya.
Beliau berkata menurut laporan EIA, tiada perbezaan signifikan dalam radionuklida ikan yang ditangkap di dalam dan luar Kolam Takungan Air Ribut Lynas di Sungai Balok, justeru kenyataan bahawa Lynas menemukan elemen radioaktif adalah sesuatu yang tidak tepat dan mengelirukan.
"Lynas telah beroperasi secara selamat untuk lebih 10 tahun, selaras dengan peraturan Malaysia dan amalan terbaik antarabangsa termasuk dua pemeriksaan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mendapati Lynas adalah berisiko rendah dan mematuhi peraturan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023

Lynas berkata, kenyataan bahawa pihaknya menemukan elemen radioaktif adalah sesuatu yang tidak tepat dan mengelirukan. - Gambar fail/ Bernama
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Lynas tarik balik 2 permohonan semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini menarik balik dua permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan berhubung syarat lesen operasinya.

Lynas Australia umum tutup operasi di Malaysia
Lynas Australia merancang untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali kilang pemprosesan karbonat campuran nadir bumi pada suku Disember tahun ini susulan kejatuhan saham syarikat tersebut.

MOSTI nilai tahap keselamatan projek rintis REE di Perak
MOSTI akan menilai tahap keselamatan projek rintis perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Perak dengan memeriksa teknologi dan teknik yang digunakan.

Lynas dapat kebenaran semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) untuk memulakan dua prosiding semakan kehakiman terhadap kerajaan.

Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak
Rayuan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) ditolak, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

MoU pelaburan syarikat berkaitan teknologi dijangka dimeterai ketika lawatan PM ke China
Chang berharap dapat bertemu dengan rakan sejawatnya di China untuk membincangkan aspek berkaitan sains, teknologi dan inovasi.

Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.

MOSTI dalam proses pertimbang rayuan Lynas
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima surat rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk menggugurkan syarat lesen operasinya di Malaysia.

"Kalau bahaya, mana buktinya?" - Pekerja Lynas, penduduk rayu kerajaan benarkan terus beroperasi
Ratusan pekerjan melakukan demonstrasi aman, meluahkan kebimbangan dengan nasib mereka dan berharap kerajaan mendengar rintihan mereka yang kini buntu memikirkan masa depan.

Lynas nafi tahap radioaktif tinggi dalam air bawah tanah berdekatan loji
Lynas Malaysia menafikan terdapat tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah berdekatan lojinya di Gebeng, Kuantan.