PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menilai tahap keselamatan projek rintis perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Perak dengan memeriksa teknologi dan teknik yang digunakan.
Menterinya, Chang Lih Kang berkata, ini kerana projek rintis berkenaan akan menjadi penanda aras sebelum mineral tersebut dibangunkan sepenuhnya.
"Langkah ini bagi mengelakkan isu pencemaran air bawah tanah atau isu alam sekitar yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan kerajaan bagi memastikan tiada sebarang isu pencemaran dan alam sekitar berlaku pada projek rintis berkenaan.
Dalam pada itu, Lih Kang menyokong Dasar Larangan Eksport Bahan Mentah Nadir Bumi yang akan dibangunkan kelak bagi menjamin pulangan maksimum buat negara khususnya industri hiliran.
"Jika kita hanya eksport bahan mentah seperti ini, ia tidak akan membantu industri nadir bumi negara," katanya.
Beliau berkata, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan pengoperasian syarikat nadir bumi Australia Lynas di Kuantan.
Ini kerana katanya, Lynas merupakan isu berasingan dan perkara itu boleh dipertimbangkan selagi pihak terlibat boleh menguruskan sisa buangan dengan baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan kerajaan akan membangunkan dasar larangan tersebut selain Dasar Mineral Negara baharu turut dirangka.
Langkah itu bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 20 2023

Chang Lih Kang berkata, projek rintis di Perak akan menjadi penanda aras sebelum mineral tersebut dibangunkan sepenuhnya. - Gambar fail
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.
Pelajar patah tulang hidung ditumbuk akibat salah faham
Gara-gara pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
Tumpuan Sabtu – 15 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (14 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia sasar dapatkan teknologi maju, pelaburan bagi proses REE - Rafizi
Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Hanya syarikat berkemampuan dipilih terlibat industri REE - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menerima mana-mana syarikat, termasuk pemilik tanah persendirian yang berminat mengusahakan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.

Malaysia berpotensi teroka REE bagi menyokong industri pembuatan EV - Nik Nazmi
Malaysia mempunyai potensi besar untuk terlibat dalam industri REE di peringkat hiliran sekali gus menjadi negara pengeluar super magnet di dunia, khususnya bagi menyokong perkembanan EV.

SPRM cadang wujud SOP khusus berkaitan penguatkuasaan, pengeluaran nadir bumi
Azam menekankan pentingnya SOP untuk memastikan perlombongan dilakukan dengan kebenaran dan mengelakkan salah guna.

Tujuan penubuhan SG4 baik tapi perlu teliti pasaran REE dunia - Zahid
Penubuhan Syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) oleh empat negeri ditadbir pembangkang bagi memajukan industri memproses nadir bumi (REE) sememangnya bertujuan baik.

Penubuhan SG4 mampu teroka potensi besar REE - Zahid
Harga pasaran global bagi REE telah jatuh sebanyak 70 peratus akibat lambakan bahan tersebut oleh negara pengeksport tertentu.

SG4 tubuh syarikat, agih hasil sama rata kepada empat negeri - Dr Mahathir
Setiap negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama.

NR-REE: MB jamin pertahankan hak Perak
Kerajaan Perak memberi jaminan akan mempertahankan hak sumber mineral galian unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini dan memastikan hasilnya adalah untuk manfaat rakyat Perak.

NRES, tiga kementerian bincang pembangunan kerangka REE dua minggu lagi
Kementerian Alam Sekitar dan Kelestarian Alam akan mengadakan pertemuan dengan tiga kementerian dua minggu lagi bagi membincangkan mengenai pembangunan kerangka model perniagaan REE.

NR-REE: Jangan jadi ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ - Sultan Nazrin
Titah baginda, pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menceroboh dan menjalankan operasi mengeluarkan mineral secara haram.