Kerajaan Negeri Melaka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dakwaan tiga individu di negeri ini disyaki terlibat dalam mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan menyalurkan dana membabitkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Ketua Menteri Adly Zahari berkata pihaknya mahu siasatan dijalankan dengan telus dan sekiranya mereka didapati bersalah tindakan mengikut undang-undang sedia ada perlu diambil.
"Kita sedia berikan kerjasama kepada pihak keselamatan dan kita berharap agar siasatan yang lengkap dapat dilaksanakan, sekiranya mereka terlibat mereka harus didakwa, namun jika mereka tidak bersalah, mereka harus dibebaskan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2019 sempena Sambutan Hari Jadi Ke-81 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Adly diminta mengulas mengenai tiga daripada 12 individu iaitu seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan Khamis lalu, pegawai eksekutif sebuah perbadanan dan ahli majlis perbandaran masing-masing ditahan semalam, atas dakwaan terlibat dengan kumpulan LTTE.
Dalam pada itu beliau berkata tiada keperluan bagi sebarang pengguguran jawatan ADUN yang juga Exco Melaka berhubung isu dakwaan penglibatan dalam LTTE.
Menurut Adly, buat masa ini, tugas exco itu akan diambil alih oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Tey Kok Kiew manakala bagi jawatan pegawai eksekutif akan ditetapkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Hasim Hasan.
Sementara itu, Adly berkata pembaharuan peraturan bagi menghadiri atau membuat liputan di Balai Istiadat bagi Istiadat Penganugerahan tahun ini dilakukan bagi menambah baik perjalanan majlis serta memastikan sistem protokol terutama melibatkan majlis rasmi kerajaan negeri berjalan dengan lancar.
Beliau berkata pemakluman berkaitan peraturan baharu itu juga telah dimaklumkan kepada semua pihak terlibat termasuk pihak media terutama berhubung etika pemakaian yang perlu dipatuhi ketika membuat liputan majlis tersebut.
"Di peringkat kerajaan negeri mahupun program yang dianjurkan, kita ada membuat pembaharuan peraturan. Bagi isu ini kita lihat ada sedikit rungutan dan kita akan lakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Namun, peraturan tetap akan ada terutama melibatkan majlis rasmi dan ia perlu dipatuhi bagi memudahkan urusan majlis," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan melihat semula rungutan terutama masalah yang dihadapi pihak media untuk membuat liputan bagi majlis itu kerana jumlah pengamal media yang dibenarkan membuat liputan di dalam Balai Istiadat diminimumkan berikutan ruang yang ada adalah terhad.
Semalam, akhbar Bahasa Inggeris melaporkan terdapat sejumlah wartawan daripada akhbar Bahasa Cina dan ahli politik tidak dapat memasuki Balai Istiadat kerana tidak mengenakan pakaian lengkap yang ditetapkan termasuk bersongkok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 13 2019

ADLY: Sekiranya mereka didapati bersalah tindakan mengikut undang-undang sedia ada perlu diambil.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Penghantaran pulang warga Palestin masih dalam perbincangan dengan Mesir - Adly
Setakat ini belum ada kata putus mengenai penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk rawatan.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.

116 pelatih PLKN 3.0 berjaya tamat latihan hari ini, modul latihan diterima baik - Adly
Sebanyak 116 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama berjaya menamatkan latihan selama 45 hari hari ini.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.

Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.

Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.

PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.

Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.