KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif menyediakan laluan khas bas GoKL sebagai alternatif kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, sebanyak enam bas disediakan bagi tujuan tersebut bermula Jumaat.
"Bas tersebut akan melalui Pasar Seni ke Masjid Jamek dan KLCC dengan kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak iaitu jam 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 8 malam.
"Sementara perkhidmatan bas GoKL bagi 11 laluan sedia dan berjalan seperti biasa, " katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Mahadi berkata, DBKL telah meningkatkan kekerapan penyuraian trafik dengan menambah dua lokasi 'point duty' di Jalan Jelatek dan Jalan Datuk Keramat.
Katanya, bilangan warden trafik di kawasan yang mempunyai aliran trafik yang tinggi turut ditingkatkan dengan kekuatan keseluruhan seramai 45 orang.
"DBKL sedia memberikan bantuan dan bekerjasama dengan Prasarana Malaysia Berhad, polis dan agensi sahabat lain bagi memastikan kelancaran trafik dan memberikan kemudahan kepada pihak yang terkesan," katanya.
Rapid KL pada Rabu memaklumkan sebanyak 16 LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan.
BACA: Gangguan perkhidmatan LRT, laluan Kelana Jaya digantung 7 hari
Ia susulan masalah Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil yang telah mengganggu keseluruhan jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 11 2022

Sebanyak enam bas disediakan sebagai alternatif kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya. - Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.