KUALA LUMPUR: Kesemua lorong di Kilometer (KM) 15.9 di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) menghala utara terpaksa ditutup selepas berlaku tumpahan minyak sawit yang berpunca dari kemalangan membabitkan dua buah lori petang tadi.
Menurut kenyataan Prolintas Expressway Sdn Bhd, penutupan susulan kejadian jam 4.30 petang itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak itu dilaksanakan.
Kenyataan itu juga menyebut, susulan itu laluan kontra telah diaktifkan untuk membantu melancarkan aliran trafik.
"Kejadian kemalangan di KM15.9 GCE melibatkan dua buah lori iaitu sebuah lori muatan tanah melanggar sebuah lori tangki yang membawa minyak sawit.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," kata kenyataan tersebut.
Tambah Prolintas, pihak GCE akan mengeluarkan maklumat terkini berkenaan kejadian itu dari semasa ke semasa.
"Sila ikuti akaun Twitter GCE @GCEtrafik untuk maklumat lanjut. Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi arahan lalu lintas dan berhati-hati ketika
memandu," tambah kenyataan itu lagi.
Nickyson Nyambar
Thu Apr 22 2021

Penutupan jalan susulan kejadian jam 4.30 petang itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak itu dilaksanakan. - Gambar/ JBPM

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PROLINTAS ambil maklum 'warga kerja' ditahan, komited kekalkan integriti
PROLINTAS ambil maklum beberapa warga kerja mereka ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan, kekal komited dengan integriti.

Teknologi terkini lebuh raya Prolintas pastikan keselesaan, keselamatan pengguna
Lebuh raya Prolintas juga mendapat penarafan mengikut Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Kadar tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK turun 8 - 15 peratus
Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu, Kelas Empat dan Kelas Lima di empat lebuh raya terbabit.

Tanggungjawab Prolintas bayar kontraktor DASH, SUKE, bukan kerajaan
KKR memaklumkan Prolintas adalah pemegang konsesi bagi kedua-dua lebuh raya tersebut.

Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini
Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.

Papan tanda tambahan Lebuhraya SUKE akan ditambah baik
Papan tanda tambahan di persimpangan bercabang sepanjang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang baharu beroperasi, akan ditambah baik agar tidak mengelirukan pengguna.

Operasi pembersihan perancah besi DASH dihentikan akibat hujan lebat - Prolintas
Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.

Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas
Prolintas dan SUKE akan memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada juruaudit bebas tersebut dalam mengkaji punca sebenar kejadian.

Tragedi SUKE: Prolintas ambil tindakan tegas jika terbukti ada kecuaian
Prolintas memandang serius isu keselamatan awam dan pekerja di tapak pembinaan.

Konkrit hempap kereta: KKR arah tindakan tegas diambil
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata insiden itu tidak seharusnya berlaku dan KKR tidak berkompromi dalam soal keselamatan serta nyawa orang ramai.