AMPANG: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membelanjakan RM500,000 bagi mengindahkan kawasan belakang rumah kedai di Ampang Point di sini bagi projek Lorong Ampang Mampan.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, projek sepanjang 300 meter bermula dari lorong belakang Restoran Pelita hingga premis Telekung Siti Khadijah itu dimulakan sejak 8 September 2020 dan siap sepenuhnya pada 20 Oktober tahun lepas.
Menurutnya, peruntukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digunakan sebaiknya menjadikan lokasi itu sebagai salah satu tarikan baharu di Ampang Jaya.
"Sebagai usaha mempromosikan Lorong Ampang Mampan ini, Karnival Jualan Ampang Mampan diadakan pada setiap Jumaat hingga Ahad bermula jam 7 malam hingga 12 tengah malam.
"Antara yang terdapat di karnival ini adalah jualan seperti kasut, tilam, pakaian, cenderahati, makanan dan juga minuman," katanya menerusi kenyataan baru-baru ini.
Beliau berkata, karnival telah bermula sejak 29 Julai lalu dalam usaha menghidupkan dan menceriakan lokasi tersebut sebagai salah satu tarikan pelancong.
"Antara tarikan lain di kawasan berhampiran adalah Laman Santai, lokasi 'foodtruck' yang beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam," tambahnya.
Pada Sabtu lalu, MPAJ telah melancarkan Kempen Jalur Gemilang 2022 dirasmikan oleh Yang Dipertua MPAJ, Mohd Fauzi Mohd Yatim di lokasi berkenaan.
Kempen bagi menggalakkan warga Ampang Jaya memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap bangunan, premis dan kediaman bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara bersempena dengan Bulan Kemerdekaan ke-65.
Majlis turut dimeriahkan dengan Pertandingan Busking bertemakan lagu-lagu patriotik serta khidmat gunting rambut anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 6 MPAJ yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 26 2022
Kempen Jalur Gemilang MPAJ 2022 diadakan di Lorong Ampang Mampan pada Sabtu lalu. -Foto Sinar Harian
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Lorong Ampang Mampan tarikan baharu santai hujung minggu
Projek sepanjang 300 meter bermula dari lorong belakang Restoran Pelita hingga premis Telekung Siti Khadijah itu dimulakan sejak 8 September 2020 dan siap sepenuhnya pada 20 Oktober tahun lepas.