Orang ramai dinasihat agar tidak membeli dan menggunakan loket yang diperbuat daripada abu gunung berapi dan mengandungi bahan radioaktif semulajadi (NORM) kerana ia memudaratkan kesihatan dan boleh menyebabkan kanser.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata loket itu mengandungi NORM Uranium-238 serta Thorium-232, dan pemakaian berterusan selain dos sinaran berlebihan akan memberi kesan bahaya khususnya kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu menyusu.
Beliau berkata laporan analisis pengujian ke atas sampel loket (Quantum Pendant, Fusion Excel) yang dijalankan Makmal Standard Dosimetri Sekunder (SSDL) di Agensi Nuklear Malaysia mendapati kepekatan keaktifan bagi bahan radioaktif semulajadi Thorium-232 dan Uranium-238 adalah melebihi had yang dibenarkan.
"Saya menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan loket radioaktif ini kerana penggunaannya tidak memberi sebarang faedah perubatan.
"Kajian juga mendapati ia akan memberi kesan risiko kesihatan seperti kanser atau kesan genetik kepada pemakainya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dr Subramaniam berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) bagi menjalin kerjasama melarang penjualan loket radioaktif di negara ini pada masa akan datang.
Beliau berkata buat masa ini, tiada kawalan khususnya daripada mana-mana pihak berkuasa ke atas penjualan dan penggunaannya.
"Penguatkuasaan terhadap loket ini tidak terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan kerana ia tidak diklasifikasi sebagai peranti perubatan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).
"Ia hanya bertindak sebagai aksesori tenaga atau tenaga peranti generasi semulajadi. Maka pengawalan loket ini adalah di bawah bidang kuasa LPTA," katanya.
Loket itu dibentuk melalui kaedah pemampatan abu ke dalam bentuk pepejal dan ia diedar oleh beberapa syarikat jualan langsung dan berada di pasaran Malaysia sekitar 2009.
Pembekal dan penjual loket mendakwa ia dapat mempertingkat tahap kesihatan kepada pemakai seperti melancarkan peredaran darah dalam badan, tenaga dan daya ingatan.
Bernama
Sat Jul 13 2013


Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Hartal doktor kontrak: MMA ulangi pendirian tidak benarkan sebarang protes
Presiden MMA mengingatkan para pengamal perubatan terlibat supaya bertenang.

Isu doktor kontrak: Hartal 26 Julai diteruskan untuk desak tuntutan dipenuhi - Penganjur
Buat masa ini, mereka akan melihat reaksi kerajaan terlebih dahulu sebelum merancang untuk tindakan selanjutnya.

COVID-19: Tidak semua kes sesuai kuarantin di rumah - MMA
Beberapa perkara perlu dipertimbang dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) seperti jumlah anggota isi rumah, keluasan kediaman serta isi rumah berisiko tinggi.

18 hospital tawar rawatan percuma suntikan Hepatitis C
Fasa pertama rawatan itu dijangka dapat memanfaatkan sekitar 2,000 pesakit berdaftar yang dianggap kronik.

Guna sepenuhnya peluang kerajaan untuk masyarakat India - Sivarraajh
Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh berkata, semua polisi yang diperkenalkan memberi impak positif selain membuktikan keseimbangan kerajaan dalam pembangunan kaum di negara ini.

MYPPP serah PM tentukan calon Cameron Highlands
Parti komponen Barisan Nasional (BN), MyPPP menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan bagi menentukan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada P

Sin Woon tidak layak tentukan calon kerusi Cameron Highlands - myPPP
Ketua Pemuda MCA Senator Datuk Chong Sin Woon diminta menghormati pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pemilihan calon untuk kerusi Cameron Highlands.

Akta Farmasi akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi
Undang-undang baharu berkaitan kebenaran hak pesakit mendapatkan ubat-ubatan sama ada daripada doktor ataupun farmasi sudah dimuktamad dan akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi.

Tiada jangkitan virus rabies di Melaka - Dr Subramaniam
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa tiada jangkitan penyakit anjing gila atau virus rabies di Melaka.

MIC setuju cadangan agihan kerusi berdasarkan kriteria calon
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti itu akan mencari calon berkualiti serta berkebolehan bagi memastikan kemenangan BN.