Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa tiada jangkitan penyakit anjing gila atau virus rabies di Melaka.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ujian terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dirawat di Hospital Melaka kerana disyaki dijangkiti virus rabies membuktikan dia bebas daripada penyakit itu.
"Bagaimanapun, saya masih tidak dimaklumkan mengenai punca sebenar penyakit (kanak-kanak itu). Namun ada banyak virus lain yang boleh menunjukkan simpton serupa (dengan virus rabies)," katanya pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan Hospital Bera di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman.
Dr Subramaniam berkata perkembangan itu menjadikan penyakit virus rabies hanya berlaku di Serian, Sarawak, yang setakat ini telah menyebabkan kematian empat kanak-kanak, sejak dikesan pada 30 Jun lalu.
Pada 14 Julai lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Datuk Ghazali Othman mengesahkan bahawa seorang kanak-kanak disyaki menghidap penyakit itu di Hospital Melaka, namun keadaannya dilaporkan stabil.
Kanak-kanak itu didakwa digigit anjing semasa keluarganya pulang berhari raya di Serian, dan bapa kanak-kanak itu pada awalnya menghantarnya ke Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak pada 12 Julai selepas demam selama sebulan.
Dr Subramaniam juga optimis bahawa penyakit virus rabies di Serian boleh dikawal ekoran kerjasama dan tindakan bersama antara kementeriannya dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
"Kementerian Kesihatan memantau mereka yang terkena gigitan anjing sejak April lalu jika terdapat tanda-tanda virus rabies manakala veterinar melakukan tindakan ke atas anjing termasuk anjing liar di situ," katanya.
Dr Subramaniam juga tidak menolak kemungkinan virus rabies yang berlaku di Serian berpunca dari Kalimatan, Indonesia memandangkan penyakit itu juga dikesan berlaku di situ dan pergerakan sempadan di kawasan itu begitu aktif, termasuk pergerakan anjing.
"Saya juga diberitahu oleh Menteri Kesihatan Indonesia pada pertemuan baru-baru ini yang anjing banyak digunakan di estet di sana untuk menghalau kehadiran haiwan lain menyebabkan jumlah anjing di sana banyak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017
![Tiada jangkitan virus rabies di Melaka - Dr Subramaniam Tiada jangkitan virus rabies di Melaka - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499324039_DSDrSubramaniam.jpg)
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa tiada jangkitan penyakit anjing gila atau virus rabies di Melaka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Hartal doktor kontrak: MMA ulangi pendirian tidak benarkan sebarang protes Hartal doktor kontrak: MMA ulangi pendirian tidak benarkan sebarang protes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627142556_swab.jpg)
Hartal doktor kontrak: MMA ulangi pendirian tidak benarkan sebarang protes
Presiden MMA mengingatkan para pengamal perubatan terlibat supaya bertenang.
![Isu doktor kontrak: Hartal 26 Julai diteruskan untuk desak tuntutan dipenuhi - Penganjur Isu doktor kontrak: Hartal 26 Julai diteruskan untuk desak tuntutan dipenuhi - Penganjur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623996049_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg)
Isu doktor kontrak: Hartal 26 Julai diteruskan untuk desak tuntutan dipenuhi - Penganjur
Buat masa ini, mereka akan melihat reaksi kerajaan terlebih dahulu sebelum merancang untuk tindakan selanjutnya.
![COVID-19: Tidak semua kes sesuai kuarantin di rumah - MMA COVID-19: Tidak semua kes sesuai kuarantin di rumah - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612797379_Homequarantine.jpg)
COVID-19: Tidak semua kes sesuai kuarantin di rumah - MMA
Beberapa perkara perlu dipertimbang dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) seperti jumlah anggota isi rumah, keluasan kediaman serta isi rumah berisiko tinggi.
![18 hospital tawar rawatan percuma suntikan Hepatitis C 18 hospital tawar rawatan percuma suntikan Hepatitis C](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446634949_BloodDonation.jpg)
18 hospital tawar rawatan percuma suntikan Hepatitis C
Fasa pertama rawatan itu dijangka dapat memanfaatkan sekitar 2,000 pesakit berdaftar yang dianggap kronik.
![Guna sepenuhnya peluang kerajaan untuk masyarakat India - Sivarraajh Guna sepenuhnya peluang kerajaan untuk masyarakat India - Sivarraajh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515708340_sivarrajhsivarrajh.jpg)
Guna sepenuhnya peluang kerajaan untuk masyarakat India - Sivarraajh
Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh berkata, semua polisi yang diperkenalkan memberi impak positif selain membuktikan keseimbangan kerajaan dalam pembangunan kaum di negara ini.
![MYPPP serah PM tentukan calon Cameron Highlands MYPPP serah PM tentukan calon Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81504346901_MKayveas.jpg)
MYPPP serah PM tentukan calon Cameron Highlands
Parti komponen Barisan Nasional (BN), MyPPP menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan bagi menentukan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada P
![Sin Woon tidak layak tentukan calon kerusi Cameron Highlands - myPPP Sin Woon tidak layak tentukan calon kerusi Cameron Highlands - myPPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61507710001_ChongSinWoon.jpg)
Sin Woon tidak layak tentukan calon kerusi Cameron Highlands - myPPP
Ketua Pemuda MCA Senator Datuk Chong Sin Woon diminta menghormati pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pemilihan calon untuk kerusi Cameron Highlands.
![Akta Farmasi akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi Akta Farmasi akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51500544045_SSubramaniam.jpg)
Akta Farmasi akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi
Undang-undang baharu berkaitan kebenaran hak pesakit mendapatkan ubat-ubatan sama ada daripada doktor ataupun farmasi sudah dimuktamad dan akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi.
![Tiada jangkitan virus rabies di Melaka - Dr Subramaniam Tiada jangkitan virus rabies di Melaka - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499324039_DSDrSubramaniam.jpg)
Tiada jangkitan virus rabies di Melaka - Dr Subramaniam
Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa tiada jangkitan penyakit anjing gila atau virus rabies di Melaka.
![MIC setuju cadangan agihan kerusi berdasarkan kriteria calon MIC setuju cadangan agihan kerusi berdasarkan kriteria calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51476598434_SSubramaniam.jpg)
MIC setuju cadangan agihan kerusi berdasarkan kriteria calon
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti itu akan mencari calon berkualiti serta berkebolehan bagi memastikan kemenangan BN.