KOTA KINABALU: Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyasarkan eksport koko negara mencatatkan nilai RM8 bilion tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata justeru, pelbagai program seperti promosi antarabangsa dan domestik dilaksanakan sebaik mungkin untuk memastikan sasaran itu dapat dicapai.
"Industri koko pada 2022 telah menyumbang sebanyak RM7.82 bilion melalui perolehan eksport, iaitu meningkat daripada RM6.87 bilion pada 2021," katanya ketika berucap pada majlis apresiasi LKM di sini, pada Isnin.
Turut hadir Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching dan Pengerusi Lembaga Pengelola LKM Datuk Matbali Musah.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata sektor huluan koko yang melibatkan pengeluaran biji koko masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan negara.
Oleh yang demikian, program seperti Hab Perdagangan Koko telah dilancarkan pada 2022 bagi memudahkan proses pengimportan biji koko kering, katanya.
"Selain itu, LKM juga menggalakkan pengeluaran biji koko 'premium' dan 'single origin' yang dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding biji koko 'bulk beans' dan ini mampu meningkatkan pendapatan pekebun," katanya.
'Single origin' ialah kategori koko yang memberi penekanan kepada satu daerah atau kawasan berbeza di wilayah penanaman koko dan ia boleh dijejaki mengikut setiap ladang, pekebun, pengeluar, tanaman atau wilayah dalam satu negara.
'Bulks beans' pula campuran pelbagai varieti dan gred biji koko yang dijual secara pukal.
Beliau berkata Program Pembangunan Usahawan Coklat juga perlu dilaksanakan untuk meningkatkan bilangan usahawan, kapasiti pengeluaran dan peluasan pasaran produk usahawan.
"Pada tahun lepas saya difahamkan sebanyak 242 orang telah berdaftar sebagai usahawan bimbingan LKM dengan jumlah produktiviti pengeluaran 103 tan produk coklat bernilai RM6.8 juta," katanya.
Fadillah berkata LKM dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) juga bekerjasama untuk membantu meningkatkan pendapatan pekebun koko dengan pihak Angkasa akan menyediakan keperluan berkaitan seperti mengenal pasti koperasi dan mengerakkan model latihan bagi menyokong aktiviti koperasi kluster koko.
"Kerjasama telah bermula pada 2021 apabila pihak Angkasa telah memberikan dana sebanyak RM150,000 untuk pembinaan dua kemudahan pemprosesan koko mini di Sabah dan satu di Sarawak yang telah siap pada 2022 dan diguna pakai oleh pekebun koko," katanya.
Sementara itu, ketika sidang media, Fadillah berkata sasaran eksport koko Malaysia tahun ini menyasarkan terutama negara di benua Asia.
"Paling banyak ekport kita adalah melalui Johor, dengan pemprosesan juga dilaksanakan di Johor sebab pengimport paling dekat dengan kita ialah Singapura di samping negara Asia Tenggara lain.
"Cabaran kita adalah daripada penghasilan biji koko itu sendiri untuk dibekalkan kepada industri koko kita," katanya.
Beliau berkata pada masa ini pekebun lebih memilih kelapa sawit, kerana antara lain proses kerja dan pengurusan lebih mudah berbanding koko, namun pihaknya sedang berusaha menarik lebih ramai pekebun menanam koko menerusi langkah antaranya pemberian bantuan serta kerjasama dengan syarikat besar serta koperasi.
Fadillah berkata pada masa ini negara mengimport kira-kira RM6 bilion biji koko setahun dan mengeksport produk koko sebanyak RM7.82 bilion untuk tahun lepas, justeru pelbagai usaha sedang dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan kepada biji koko diimport.
"Kita masih mencatatkan lebihan (dagangan) namun, jika kita boleh mengeluarkan dalam negara, kita boleh mencatatkan lebih banyak (pendapatan).
"Kita sedang berusaha untuk menambah baik bukan sahaja pekebun kecil malah juga pemilik ladang supaya kita boleh mengeluarkan lebih banyak dan mengurangkan import, pada masa sama kita boleh menumpukan kepada produk akhir, dan boleh mengeksport lebih banyak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Fadillah berkata pada masa ini negara mengimport kira-kira RM6 bilion biji koko setahun dan mengeksport produk koko sebanyak RM7.82 bilion untuk tahun lepas. - Gambar fail/Twitter @bernamadotcom
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.
Hubungan Malaysia-Pakistan diperkukuh, buka peluang besar yang selama ini tidak diteroka
Lawatan Negara tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pakistan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim - Johari
Johari berkata empat bidang utama penting untuk memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia.
FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
Harga MSM dijangka sekitar RM4,000 satu tan menjelang akhir tahun ini - MPOB
Ketua Pengarah MPOB Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata harga MSM pada tahun lepas adalah antara RM3,800 hingga RM4,200 satu tan.
Hubungan baik dengan India, cepatkan Malaysia menjadi negara maju - Pakar
Hubungan yang baik dengan India akan membantu mempercepatkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.