Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perlis menerusi Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan (SBBAKN) menyalurkan bantuan baik pulih rumah nelayan RM10, 000 kepada tiga nelayan di sini yang musnah tempat tinggal dan ada yang mengalami kerosakan teruk akibat ribut taufan Lekima pada 9 Ogos lepas.
Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, jumlah itu adalah kadar bantuan maksimum bagi rumah ranap, manakala RM1,000 kadar bantuan minimum bagi kerosakan harta benda dan lain-lain peralatan mengikut kadar nilaian kerosakan.
"Mereka yang layak menerima sumbangan dari skim ini adalah nelayan yang telah menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) atau nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Perikanan Perlis dan mempunyai Kad Pendaftaran Nelayan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat rumah nelayan mangsa ribut di Kampung Pulau Ketam iaitu Jasslie Shafie, 55, dan Mazirah Abu, 42, manakala seorang lagi Din Abdullah dari Kampung Seberang Alor di sini.
Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan bantuan segera berupa barang keperluan dapur kepada ketiga-tiga mereka bagi meringankan beban mangsa dan juga keluarga.
Pada 9 Ogos, 19 rumah nelayan di Kuala Perlis terjejas akibat taufan Lekima.
Faiz berkata 19 rumah tersebut telah dibaiki berperingkat oleh pihak Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan pihaknya akan menyalurkan bantuan SBBAKN dalam tempoh terdekat ini.
Beliau juga menyarankan agar para nelayan berdaftar yang berkeperluan membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan dan sumbangan dari skim ini menggunakan borang permohonan yang boleh didapati secara percuma di pejabat PNK yang berdekatan dan laman web rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di http://www.lkim.gov.my.
Sementara itu, Rosmaliyani Mustafa, 38, isteri kepada nelayan, Jasslie bersyukur dengan tindakan pantas semua pihak membantu beliau dan keluarganya yang mengalami kerosakan rumah yang agak teruk.
"Sebagai suri rumah, rumahlah 'syurga saya' dan saya banyak menghabiskan masa menguruskan lima anak sambil membuat jualan kuih untuk membantu suami. Apabila kediaman kami mengalami kerosakan akibat bencana, segala peralatan masak saya juga habis hilang dan rosak diterbangkan angin," katanya.
Beliau berkata terdapat kira-kira 90 rumah di perkampungan itu dan rumahnya antara yang terjejas teruk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 19 2019

GAMBAR FAIL: Hujan lebat beserta angin kencang menyebabkan air laut bergelora ketika tinjauan di kawasan perkampungan nelayan Kuala Kedah. - BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

LKIM salur bantuan kepada nelayan mangsa taufan Lekima
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perlis menerusi Skim Bantuan Bencana Alam Dan Kebajikan Nelayan (SBBAKN) menyalurkan bantuan baik pulih rumah nelayan RM10, 000 kepada tiga nelayan di sini yang m