MELAKA: Capaian rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Melaka kini meliputi 69 peratus dan kerajaan negeri bersama Digital Nasional Bhd (DNB) terus komited memastikan pelaksanaan infrastruktur berkenaan di 26 lokasi lagi dapat diselesaikan.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata pihaknya juga yakin sasaran 89 peratus liputan rangkaian 5G menjelang pertengahan Disember ini mampu dicapai melibatkan 225 lokasi di seluruh Melaka.
"Pada mulanya terdapat beberapa masalah dan kekangan seperti status permohonan, tetapi kita telah adakan satu Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan 5G Negeri Melaka bersama agensi terlibat.
"Segala proses permohonan untuk pelaksanaan rangkaian 5G juga telah kita bincang dan selaraskan berhubung perkara itu dan ia dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Semarak Gemilang 2023 Jabatan Penerangan (JaPeN) Melaka di Sungai Putat di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPeN Erwin Khairul Ahmad dan Pengarah JaPeN Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah.
Pada majlis itu Fairul Nizam turut menyampaikan Anugerah Semarak Gemilang tahun 2023 kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Hutan Percha yang menunjukkan komitmen dan kesungguhan tinggi mengibarkan jalur gemilang ketika sambutan Bulan Kebangsaan.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya berharap JaPen dapat menambah peruntukan bagi menggiatkan lagi program dan aktiviti di setiap lapisan masyarakat terutama di sekolah dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
![Liputan rangkaian 5G di Melaka capai 69 peratus - Exco Liputan rangkaian 5G di Melaka capai 69 peratus - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81643791660_TBTMMelaka.jpg)
DNB yakin sasaran 89 peratus liputan rangkaian 5G menjelang pertengahan Disember ini mampu dicapai melibatkan 225 lokasi di seluruh Melaka. - Gambar fail
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720599462_TBPERSIDANGANDUN.jpg)
Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka.
![Melaka mohon semula untuk bangunkan kawasan tambakan laut Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka mohon semula untuk bangunkan kawasan tambakan laut Tapak Warisan Dunia UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720501413_TBPERSIDANGANDUN.jpg)
Melaka mohon semula untuk bangunkan kawasan tambakan laut Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
![Kos tajaan Fan Bingbing sebagai duta pelancongan hampir RM500,000 Kos tajaan Fan Bingbing sebagai duta pelancongan hampir RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720497110_FanBingbing.jpg)
Kos tajaan Fan Bingbing sebagai duta pelancongan hampir RM500,000
Kos tajaan bagi melantik bintang antarabangsa Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mencecah RM498,347.
![Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/51482503138_budaksekolahmotor.jpg)
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
![KPKM salur RM34.09 juta kepada Melaka sokong agenda pembangunan industri agromakanan KPKM salur RM34.09 juta kepada Melaka sokong agenda pembangunan industri agromakanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719868708_DatukArthurJoseph.jpg)
KPKM salur RM34.09 juta kepada Melaka sokong agenda pembangunan industri agromakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyalurkan RM34.09 juta kepada Melaka tahun ini bagi menyokong agenda pembangunan industri agromakanan.
![Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719650922_Pelancong.jpg)
Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH
Masih ramai yang lihat isu keselamatan dalam industri pelancongan sebagai sesuatu yang kecil berbanding sektor pembinaan dan pengilangan.
![Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718845842_KARNIVALDBENDANG.jpg)
Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung
Karnival yang memasuki tahun kedua penganjuran dan diadakan sempena TMM 2024 itu menampilkan 40 acara termasuk sukan tradisional.
![Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709807928_felda.jpg)
Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda
Felda memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.
![Lelaki OKU nafi cabul remaja OKU di tandas surau Lelaki OKU nafi cabul remaja OKU di tandas surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718011677_LelakiOKUnaficabu.jpg)
Lelaki OKU nafi cabul remaja OKU di tandas surau
Seorang lelaki OKU fizikal didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin, atas pertuduhan mencabul remaja perempuan OKU di sebuah tandas surau.
![Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717652547_tbwangsuapan.jpg)
Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman
Lima termasuk dua peguam direman bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka.