Lima sekeluarga maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Km325 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, berhampiran Kampung Jeram Besu, Raub dekat sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata dalam kejadian 3.45 pagi itu, kesemua mangsa termasuk pasangan suami isteri Mohd Sajury Abdullah, 63, dan Sobariah Haron, 54, maut di tempat kejadian.
Tiga lagi mangsa ialah anak saudara mereka iaitu Muhammad Faezuan Nor Izuddin, 27; Nur Ilham Najwa Rahimi, 20; dan Uwais AlQurney Abdullah yang berusia 6 tahun.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang dipandu Mohd Sajury dari arah Kuala Lumpur ke Kelantan terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas ekspres berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya pemandu bas ekspres tersebut dipercayai tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat.
Wan Mohd Zahari berkata pertembungan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu kiri jalan dengan kereta tersebut memasuki longkang sementara bas yang membawa 45 penumpang merempuh dua lot kedai makan yang ketika kejadian tidak beroperasi.
"Kemalangan turut menyebabkan seorang penumpang bas cedera ringan sementara pemandu dan penumpang lain selamat," katanya.
Jenazah kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat pada pagi ini, katanya, menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2019
Pemandu bas ekspres tersebut dipercayai tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat. - Foto JBPM
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
#AWANIRingkas 12 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Januari 2025
1️⃣ UAE destinasi pertama Anwar bawa misi Malaysia
2️⃣ KPT sahkan 14 pelajar Malaysia terkesan
3️⃣ Polis tunggu laporan keputusan toksikologi
#awaniringkas
1️⃣ UAE destinasi pertama Anwar bawa misi Malaysia
2️⃣ KPT sahkan 14 pelajar Malaysia terkesan
3️⃣ Polis tunggu laporan keputusan toksikologi
#awaniringkas
AWANI Global: ASEAN-Malaysia 2025 | Keterangkuman dan kemampanan
Bagaimana strategi merealisasikan visi keterangkuman dan kemampanan ASEAN-Malaysia 2025 dalam landskap geopolitik masa kini? Ikuti diskusi dan analisis bersama Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah, Pengerusi ISIS Malaysia dalam AWANI Global 9 malam ini.
Meneruskan warisan 150 tahun periuk tanah
Di sebalik keindahan periuk tanah liat yang digunakan untuk memasak ponggal atau nasi manis, ada seni dan dedikasi yang diwarisi sejak turun-temurun.
Mengangkat kebaya, memartabatkan warisan bangsa
Menjadi salah satu jenama yang diberi kepercayaan untuk mengetengahkan pakaian kebaya ke UNESCO..
Pengarah Urusan Bahari Asyek, Zahalina Ab Rahman melihat ini sebagai peluang untuk membawa lebih banyak koleksi kebaya ke perhatian masyarakat pada syawal tahun ini.
Pengarah Urusan Bahari Asyek, Zahalina Ab Rahman melihat ini sebagai peluang untuk membawa lebih banyak koleksi kebaya ke perhatian masyarakat pada syawal tahun ini.
[TERKINI] Tambah peruntukan kepada RM30 juta untuk pembangunan bola sepak
Kerajaan tambah peruntukan kepada RM30 juta khusus pembangunan sukan bola sepak.
PETRA serah enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada Johor
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada kerajaan Johor.
PM bawa misi Malaysia ke UAE
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
Konsert Pinkfish: Polis tunggu laporan toksikologi, rakam keterangan 50 individu
Polis masih menunggu laporan analisis toksikologi tujuh mangsa yang disyaki mengambil pil ecstasy semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu.
UAE destinasi pertama Anwar bawa misi Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan siri lawatan ke beberapa negara dengan perjalanan pertamanya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.
Ia bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap pemerintah dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.
Ia bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap pemerintah dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.
12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.
Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.