Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas lima rakan yang didapati bersalah membunuh seorang pemandu lori, lima tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu ke atas A.Simon, 49, S.Suthakar, 25, J.Sivachandran, 31, B.Thiyagu, 34, dan S.Sundramoorthy, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.
Perbicaraan yang bermula pada Disember 2015 melibatkan 21 saksi pendakwaan dan 10 saksi pembelaan.
Mereka didakwa membunuh A.Pachaippan@Arasu, 43, antara pukul 2.30 hingga 3.30 pagi, 22 Nov 2014 di tepi Jalan Bendera 13, Taman Bukit Bendera, Mentakab di sini.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan keterangan semasa perbicaraan, mangsa dan tertuduh mempunyai pertikaian yang telah berlarutan sejak beberapa tahun sebelum itu.
Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan berganda dan mayatnya ditemui dengan beberapa kesan tetakan di badan serta kepala, putus jari selain sebahagian kulit kepala ditemui di atas jalan.
Keterangan sebelum ini juga menyatakan mayat mangsa dihempap dengan motosikal dan dibakar.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa manakala barisan pembelaan diwakili peguam A.Sheelan dan R.Ryshinah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 28 2019

Lima rakan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. --fotoBERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Lima rakan ke tali gantung bunuh pemandu lori
Mereka didakwa membunuh A.Pachaippan@Arasu, 43, antara pukul 2.30 dan 3.30 pagi, 22 Nov 2014 di tepi Jalan Bendera 13, Taman Bukit Bendera, Mentakab.